Laurent Koscielny Menyalahkan Pemain Di Bahagian Serangan Arsenal Atas Kekalahan Menentang West Ham!




Laurent Koscielny percaya kreativiti pemain hadapan Arsenal harus dipersalahkan atas kekalahan pasukannya menentang West Ham.
Chelsea mampu meninggalkan Arsenal enam mata di belakang dalam perlumbaan untuk merebut tempat keempat liga dengan kemenangan ke atas Newcastle selepas pasukan Unai Emery tewas 1-0 di Stadium London. 
Hanya Bournemouth dan Fulham yang kini telah tewas lebih banyak di tempat lawan musim ini selepas gol kemenangan pada minit ke-48 oleh Declan Rice tetapi kapten Arsenal, Koscielny merasakan kurangnya ketajaman dan ketenangan pada bola adalah sebab utama Gunners mengalami kekalahan Liga Perdana Inggeris yang kelima untuk musim ini.
Emery menurunkan Pierre-Emerick Aubameyang dan Alexandre Lacazette di barisan serangan tetapi kedua-duanya tidak dapat mencari jalan untuk membolosi Lukasz Fabianski, sementara Alex Iwobi dan Matteo Guendouzi mengalami kesukaran untuk membuat hantaran yang terbaik. 
"Saya fikir di kawasan gol, kita perlu terus bertenang dan tidak cuba membuat percubaan dan terus bermain dengan pergerakan," kata Koscielny, yang mana pasukannya gagal mencatatkan percubaan tepat dalam tempoh 68 minit pertama perlawanan.
"Pada babak kedua kami tidak berputus asa tetapi kami melepaskan gol awal. Kami mempunyai beberapa peluang dan kami tidak menjaringkan gol. Ianya sukar untuk menang jika anda tidak menjaringkan gol. Kami perlu mengekalkan cita-cita dan permainan kami. Kami boleh kembali bangkit. 
"Kami perlu lebih tenang memegang bola dan kami tidak. Dalam bola sepak jika anda memberikan peluang kecil kepada lawan anda akan menanggung akibatnya dan hari ini kami telah lakukan itu. 
"Apabila anda tiba ke tempoh perayaan Krismas anda tahu ia adalah satu tempoh yang besar dan sukar untuk bersaing pada tahap yang sama. 
"Kami memulakan tahun baru dengan kemenangan dan kami bersedia untuk permainan ini dan datang ke sini dengan harapan untuk mendapatkan tiga mata tapi kami perlu tenang dan fokus pada bagaimana kami mahu bermain."