Marcus Rashford Mampu Menjadi Penyerang Sebaik Harry Kane - Ole Gunnar Solskjaer!




Pengurus sementara pasukan Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer berkata Marcus Rashford boleh menjadi "penyerang terbaik," seperti kapten England dan penyerang Tottenham, Harry Kane.
Rakan sepasukan England itu akan turun berentap di Stadium Wembley pada hari Ahad ini apabila Spurs melihat untuk mengakhiri permulaan kemenangan Solskjaer sebagai pengurus The Reds Devil.
United telah memenangi kesemua lima perlawanan sejak Solskjaer mengambil alih tugas di Old Trafford.
"Kita boleh bercakap mengenai Harry Kane dan kelasnya, Marcus mempunyai potensi untuk berada di sana juga," kata pengurus Norway itu.
Rashford yang berusia 21 tahun masih perlu memperbaiki beberapa perkara jika dia mahu menyamai Harry Kane, yang kini merupakan antara penjaring terbanyak liga musim ini dan telahpun memenangi kasut emas Liga Perdana Inggeris sebanyak dua kali, tetapi Solskjaer yakin bintang muda itu mampu melakukannya.
"Dia sangat menarik untuk bekerja bersama dan mampu menjadi penyerang terbaik. Dia mempunyai kelajuan yang menakutkan. Dia sangat kuat dan mampu untuk mengekalkan bola di bahagian hadapan kami," tambah bekas penyerang United itu.
Rashford telahpun menjaringkan tujuh gol setakat musim ini, meletakkan dia sebagai pemain keempat United yang menjaringkan gol terbanyak buat United musim ini di belakang Romelu Lukaku, Anthony Martial dan Paul Pogba.
Dia kini lebih kerap digunakan sebagai penyerang utama sejak ketibaan Solskjaer dan telah menjaringkan tiga gol dalam lima perlawanan pertama di bawah pengurus tersebut, berbanding hanya empat gol dalam 22 penampilan di bawah pengurus sebelum ini Jose Mourinho.