Chelsea Akan Bersetuju Lepaskan Hudson-Odoi Ke Bayern Munich Dengan Satu Syarat!




Chelsea bersedia untuk menerima tawaran Bayern Munich untuk Callum Hudson-Odoi jika mereka bersetuju memasukkan klausa 'beli balik' ke dalam perjanjian tersebut, menurut laporan.
Kelab gergasi Jerman itu tidak merahsiakan keinginan mereka untuk membawa bintang muda itu ke Bavaria dan telah membuat empat tawaran, yang terbaru mencapai sehingga £ 35 juta. 
Chelsea mahu untuk mengekalkan Hudson-Odoi tetapi sedar bahawa dia kini hanya mempunyai 18 bulan baki dalam kontrak semasanya dan telah menyatakan untuk tidak melanjutkan perjanjiannya itu jika tawaran dari Bayern ditolak.
Tetapi The Times mengatakan bahawa Chelsea kini sudah bersedia untuk membiarkan pemain berusia 18 tahun itu berpindah ke Bayern dengan syarat klausa beli balik dimasukkan dalam perjanjian itu. 
Bayern enggan bersetuju dengan tuntutan Chelsea, bagaimanapun, dengan menyedari betapa besarnya nilai Hudson-Odoi pada masa akan datang jika dia beraksi cemerlang di Jerman.
Rakan sepasukannya di England Jadon Sancho telah berpindah ke Borussia Dortmund 18 bulan yang lalu dengan bayaran sekitar £ 8 juta dan kelab itu kini mampu menerima keuntungan 10 kali dari angka itu setelah Sancho melalui kempen yang menakjubkan di Bundesliga
Chelsea dikatakan ingin mengelak dari mengambil risiko untuk melihat bekas pemain mereka yang berbakat meninggalkan kelab itu kemudian menjadi bintang besar di tempat lain, seperti Kevin De Bruyne, Romelu Lukaku dan Mohamed Salah.
Begitu juga dalam situasi di mana The Blues terpaksa membayar empat kali dari harga jualan mereka apabila Nemanja Matic dibawa balik ke Stamford Bridge dan mereka bertekad untuk mengelak dari melakukan kesilapan yang sama. 
Chelsea dipercayai tidak berpuas hati dengan pihak Bayern Munich kerana menyatakan tentang minat mereka kepada Hudson-Odoi secara umum, dengan Maurizio Sarri menunjukkan rasa tidak puas hati itu pada sidang akhbarnya pada hari Jumaat lalu. 
"Saya fikir ia tidak profesional,"katanya. "Mereka bercakap tentang pemain yang di bawah kontrak dengan Chelsea, jadi mereka tidak menghormati kelab kami. Saya sangat gembira dengan pemain itu, dan dia meningkat dengan banyak."