Harry Kane mengharapkan kemenangan berpihak kepada Manchester City menentang Liverpool pada hari Khamis ini untuk membantu meningkatkan peluang merebut kejuaraan buat Tottenham.
City dan Liverpool bertemu dalam satu perlawanan besar, secara langsung di Sky Sports Premier League, dengan pasukan di tempat kedua Spurs dapat duduk dan berehat selepas kemenangan 3-0 mereka di Cardiff pada 1 Januari lalu.
Spurs ketinggalan enam mata di belakang pendahulu liga, Liverpool dan satu mata mendahului City, setelah memperoleh kemenangan mereka untuk perlawanan liga yang ke-21.
"Kami mungkin mahu City menang untuk menjadikan kutipan mata lebih dekat, tetapi itu bukan dalam kawalan kami," kata Kane mengenai pertembungan Stadium Etihad khamis ini.
"Apa yang dapat kami lakukan ialah melihat kepada diri kita sendiri dan memenangi perlawanan kami. Sejak beberapa tahun lalu, kita telah berada di posisi ini dengan Leicester, dan kemudian Chelsea di tahun berikutnya.
"Kami hanya perlu memberi tumpuan kepada diri sendiri dan memenangi perlawanan adalah perkara yang boleh kami lakukan.
"Kami akan melihat apa yang berlaku di antara Liverpool dan City, kami tidak boleh terlalu memikirkan pasukan lain jika saya jujur."
Kemenangan Liverpool akan memastikan mereka mendahului puncak liga dengan kelebihan 9 mata mengatasi Tottenham dan 10 mata meninggalkan City. Pep Guardiola telah memberi amaran buat pasukannya kekalahan kepada Liverpool akan menamatkan usaha mereka mempertahankan kejuaraan Liga yang dimenangi mereka musim lalu.
Harry Kane kini merupakan penjaring terbanyak Liga Perdana bersama-sama dengan Aubameyang dari Arsenal dengan 14 gol. Salah yang akan bermain menentang City mempunyai 13 gol untuk musim ini.
Tiada ulasan
Catat Ulasan