"Masa Depan Ozil Adalah Bersama Arsenal, Muktamad!" - Tegas Ejen Mesut Ozil




Ejen Mesut Ozil menolak khabar angin bahawa bintang Arsenal itu bakal meninggalkan kelab dengan menegaskan masa depannya adalah bersama The Gunners.
Ozil, 30 tahun, telah dikaitkan dengan perpindahan keluar setelah disisihkan beberapa kali oleh pengurus Unai Emery atas alasan taktikal sejak beberapa minggu kebelakang ini. 
Dia sekarang tidak dapat bermain akibat kecederaan lutut yang menyebabkan dia terlepas dua perlawanan sebelum ini menentang Liverpool dan Fulham, namun ianya masih belum jelas sama ada dia akan terus kembali ke kesebelasan utama Gunners apabila kembali cergas nanti.
Ozil diletakkan di bangku simpanan dalam kekalahan Arsenal kepada Southampton sementara dia tidak disenaraikan bersama pasukan dalam kekalahan menentang Tottenham untuk saingan peringkat suku akhir Piala Carabao, namun dia kembali dengan mengetuai pasukan dalam kemenangan menentang Burnley di mana Ozil berjaya melakukan assist keduanya musim ini.
Emery telah menegaskan sebelum ini bahawa Arsenal masih memerlukan Ozil, tetapi spekulasi mengenai masa depannya masih berterusan dengan minat dari Real Madrid an Inter Milan sementara dia ditukarkan di rehat separuh masa dalam perlawanan seri menentang Brighton pada Boxing Day.
Tetapi ejen Bintang Jerman itu, Dr. Erkut Sogut, mendedahkan bahawa pemain itu masih kekal berkhidmat untuk Arsenal dan mungkin akan kekal sehingga lebih daripada kontrak semasanya yang akan tamat pada 2021.
"Saya lebih memilih untuk tidak buka mulut mengenai spekulasi melibatkan Mesut, tetapi spekulasi terbaru melibatkan perpindahan keluar Arsenal, saya rasa ianya penting untuk memberikan penjelasan supaya kita boleh akhiri spekulasi ini dan fokus pada bola sepak," katanya kepada Goal.
"Mesut menandatangani kontrak baharu Januari yang lepas kerana dia melihat masa depannya di Arsenal dan tiada yang berubah dalam pemikirannya. Dia mahu kekal sepanjang tempoh kontrak itu dan dan mungkin lebih lama lagi.
"Mesut 100 peratus memberi komitmennya untuk Kelab Bola Sepak Arsenal. Dia sayangkan kelab ini, berkongsi nilainya dan tidak menginginkan ke tempat lain.
"Dia bangga menyarung jersi ini dan mewakili kelab Arsenal di dalam atau di luar padang. Dia menjalankan tanggungjawabnya -termasuk dipilih sebagai salah satu kapten pasukan untuk musim ini- dengan serius dan mempunyai hubungan yang baik dengan rakan sepasukan, kakitangan dan juga para peminat."