Maurizio Sarri mengatakan bahawa Chelsea perlu memperkuatkan barisan hadapan mereka selepas seri tanpa jaringan menentang Southampton di Stamford Bridge pada hari Rabu.
Dengan Olivier Giroud alami kecederaan, Alvaro Morata diturunkan semula untuk Chelsea tetapi tidak memberikan impak yang diharapkan, mempunyai gol yang dibatalkan melalui perangkap offside dan juga mensia-siakan peluang pada babak kedua.
Chelsea telah melengkapkan perpindahan pertama merekda di jendela perpindahan Januari ini dengan menandatangani Christian Pulisic, tetapi Sarri mengisyaratkan bahawa dia mahukan penyerang.
"Di bangku simpanan, saya cuba melakukan tugas saya, saya fikir kami bermain dengan perlawanan yang sangat baik untuk 80 meter padang, tetapi kami menghadapi masalah di 20 meter terakhir.
"Kita perlu cuba menyelesaikan masalah di 15 hingga 20 meter terakhir ini."
Ditanya sama ada masalah itu boleh ditangani melalui jendela perpindahan, beliau menambah: "Kelab mengetahui pendapat saya dengan baik. Saya fikir kita memerlukan sesuatu yang berbeza untuk ciri-ciri pemain.
"Saya tidak bertanggungjawab ke atas pasaran perpindahan, saya perlu cuba memperbaiki pemain saya, pasukan saya, fasa serangan saya, atau fasa serangan saya menjadi lebih baik dalam 20 meter terakhir padang. Kelab mengetahui kedudukan saya, pendapat saya. ia terpulang kepada pihak lembaga.
"Pada masa ini kita menghadapi masalah dengan pemain di bahagian serangan."
Chelsea telah memenangi dua perlawanan sebelum ini menentang Watford dan Crystal Palace dan Sarri berkata persembahan itu tidak jauh dari apa yang dipamerkan oleh ank buahnya dalam perlawanan ini.
"Perlawanan itu terkawal dengan penguasaan bola dan peluang, tetapi sangat sukar untuk menciptakan banyak peluang jika Anda tidak dapat menjaringkan gol pertama. Jika Anda mampu menjaring gol maka Anda dapat mencari ruang dan lebih mudah untuk mencipta lebih banyak peluang.
"Sekarang kami menghadapi masalah menjaringkan gol pertama tetapi prestasinya sejajar dengan persembahan ketika menentang Watford dan Crystal Palace."
"Mereka benar-benar sangat padat dan tidak mudah. Anda perlu menjaringkan gol pertama jika tidak ia akan menjadi sangat sukar. Kami menghadapi masalah hanya dalam 20 meter terakhir, saya rasa 80 meter padang, kami bermain dengan baik."
Tiada ulasan
Catat Ulasan