"Dia Adalah Salah Seorang Jurulatih Terbaik' - Reaksi Denis Suarez Tentang Unai Emery!




Denis Suarez kelihatan bersedia untuk bergabung semula dengan 'salah satu jurulatih terbaik' dengan pengurus Arsenal, Unai Emery semakin hampir melengkapkan pembelian pertamanya pada jendela perpindahan Januari ini. 
Laporan pada hari Sabtu mengatakan The Gunners berada di ambang untuk bersetuju dengan perjanjian bernilai £ 14 juta dengan Barcelona yang akan melihat Suarez berpindah ke Emirates, sementara Emery mengakui selepas mengalahkan Blackpool bahawa dia sedang mencari 'pemain sayap, kanan atau kiri, seorang pemain yang dapat membantu kami dalam kedudukan ini '. 
Suarez - yang hanya bermain dalam dua perlawanan La Liga musim ini - kelihatan merupakan pemain dicari Emery, dan pasangan itu sudahpun pernah bekerja bersama sebelum ini.
Suarez menghabiskan satu musim secara pinjaman di Sevilla di bawah Emery dalam kempen 2014-15, musim penuhnya yang pertama dalam kerjaya bola sepak, memenangi Liga Europa di bawah pengurus tersebut. 
Ini jelas merupakan pengalaman yang menggembirakan bagi kedua-duanya, dan Suarez - yang telah diberi beberapa peluang berharga di Barca - akan gembira untuk bekerja semula di bawah pengurus yang tahu bagaimana untuk mendapatkan yang terbaik dari dirinya.
"Dia adalah salah seorang jurulatih terbaik. Dia benar-benar mengeluarkan yang terbaik daripada kami, " Suarez memberitahu laman web rasmi UEFA pada tahun 2015.
"Dia mempertimbangkan setiap pemainnya dan selalu meletakkan mereka yang berada dalam prestasi terbaik dalam kesebelasan utamanya.
"Saya telah bermain untuknya selama setahun dan saya sangat gembira. 
"Dia selalu bercakap dengan anda, sama ada pada situasi yang baik - untuk mengelakkan anda rasa tersisih - dan situasi yang buruk, untuk membantu anda kembali pulih. 
Suarez menjaringkan dua gol dan melakukan empat assist dalam saingan La Liga di bawah Unai Emery, serta menjaringkan tiga gol dalam perjalanan mereka meraih kejuaraan Liga Europa, sebelum membuat perpindahan secara tetap ke Villarreal - meskipun Barca mengaktifkan klausa pembelian semula mereka setelah hanya satu musim.