Ini Ucapan Akhir Eden Hazard Buat Cesc Fabregas!




Eden Hazard telah memberikan penghormatannya kepada Cesc Fabregas dan berharap pemain tengah Chelsea itu akan mendapatkan yang terbaik untuk masa depan. 
Fabregas membuat apa yang dianggap sebagai penampilan terakhir buat Chelsea pada hari Sabtu apabila The Blues menewaskan Nottingham Forest 2-0 untuk layak ke pusingan keempat Piala FA. 
Bintang legenda Sepanyol itu akan tamat dari kontrak semasanya pada akhir musim dan semakin hampir untuk mempersetujui perjanjian untuk menyertai pasukan dari Ligue 1 Perancis, AS Monaco pada Januari ini. 
Fabregas terlepas sepakan penalti menentang Nottingham Forest tetapi tetap menerima tepukan gemuruh dari para peminat di Stamford Bridge ketika dia meninggalkan padang.
Ditanya apa maknya Fabregas kepada Chelsea selepas tamat perlawanan itu, Hazard berkata: "Semuanya. 
"Dalam lima tahun saya boleh mengatakan bahawa saya bertuah untuk bermain bersama dengan dia. Sejak permulaan ketika dia datang, kami memenangi dua kali kejuaraan bersama-sama.
"Pemuda yang baik di atas padang dan di luar padang. Seorang sahabat yang hebat buat saya. Saya hanya mengagumi lelaku ini. 
"Saya berharap dia akan mempunyai masa depan yang baik. Dia masih pemain yang sangat baik. Dia akan menikmatinya."
Ditanya sama ada Fabregas telah membuat penampilan terakhirnya buat Chelsea, jurulatih The Blues Carlo Cudicini berkata: "Kami tidak tahu. 
"Jika ia perlawanan terakhirnya saya fikir ia sangat baik dia bermain di hadapan peminatnya dan dia dapat menerima sambutan yang bagus.
"Apa yang boleh saya katakan tentang Cesc? Dia adalah seorang pemain yang hebat, seorang pemain yang unik dalam kedudukannya. Dia mempunyai visi dan kesedaran yang luar biasa di mana rakan sepasukannya berada di atas padang. 
"Dia adalah salah seorang yang mempunyai keupayaan untuk memainkan bola itu bagi mengumpan larian di belakang garis pertahanan, begitu tepat dan dengan masa yang tepat - dia seorang yang jarang ditemui. 
"Dia hebat buat pasukan sebelum kami dan sumbangan yang diberikannya kepada kelab ini dan pasukan ini sangat mengagumkan."