Unai Emery Ambil Risiko Turunkan Torreira Untuk Aksi Menentang Brighton Sebelum Menentang Liverpool!




Unai Emery memberi bayangan yang dia akan menurunkan Lucas Torreira untuk perlawanan menentang Brighton pada Boxing Day Meskipun pemain tengah Arsenal boleh menerima tindakan disiplin untuk pertembungan menentang Liverpool di Anfield pada hujung minggu ini.
Pembelian musim panas dari Sampdoria itu telah menjadi kunci di bahagian tengah pasukan Unai Emery dan telah memenangi Anugerah Pemain Terbaik Bulanan kelab untuk bulan November.
Torreira telah menerima banyak pujian untuk gaya permainannya yang agresif tetapi juga telah menunjukkan kehebatannya ketika menyerang dalam beberapa minggu kebelakangan ini dengan jaringan gol menentang Tottenham dan Huddersfield.
Bagaimanapun, pemain berusia 22 tahun itu telah menerima empat layangan kada kuning setakat musim ini dan satu lagi layangan kad kuning di Stadium Falmer akan menyaksikan dia terlepas perlawanan menentang pendahulu Liga Liverpool pada hari Sabtu. 
"Saya tidak tahu sama ada Torreira boleh bermain dengan berhati-hati, tetapi saya tidak mahu dia berfikir tentang kemungkinan untuk penggantungan menentang Liverpool untuk satu lagi layangan kad kuning," kata Emery yang bercakap mengenai situasi Torreira. "Saya tidak mahu dia berfikir tentang itu." 
Emery sudahpun mengalami  masalah kekurangan pilihan pemain di bahagian pertahanan untuk perjalanan ke Brighton dengan Rob Holding yang terlepas aksi sepanjang musim ini, manakala Nacho Monreal akan melalui ujian kecergasan selepas mengalami kecederaan menentang Burnley.
Hector Bellerin dijangka tidak dapat bermain, bagaimanapun, kedua-duanya Shkodran Mustafi, yang telah melepaskan empat perlawanan terakhir dalam semua pertandingan, dan kapten Laurent Koscielny mungkin berada dalam senarai.