Eden Hazard Mendedahkan Sasaran Utama Dalam Kerjaya Dan Harapannya Buat Chelsea!




Eden Hazard telah memberikan petunjuk baru mengenai masa depannya dengan mengakui bahawa memenangi Liga Juara-Juara merupakan sasaran utamanya. 
Pemain berusia 27 tahun itu akan tamat kontrak semasanya pada tahun 2020 dan komitmen jangka panjangnya bersama Chelsea mungkin bergantung kepada sama ada mereka layak untuk pertandingan  Liga Juara-juara musim hadapan. 
Chelsea kini menduduki tempat keempat, mendahului Arsenal hanya dengan perbezaan gol, selepas kekalahan di tempat sendiri menentang Leicester City hujung minggu lalu.
Hazard telah berkembang maju di bawah pengurusan Maurizio Sarri, yang menggantikan Antonio Conte pada musim panas lalu, tetapi Hazard mengakui dia masih mempunyai ruang penting untuk penambahbaikan dan menegaskan Chelsea harus mensasarkan kejuaraan-kejuaraan besar untuk masa sekarang dan di masa akan datang. 
"Saya tidak pernah berfikir tentang diri saya sendiri; Saya hanya cuba bermain untuk rakan sepasukan saya. Saya menghabiskan lebih banyak masa di bahagian tengah padang sekarang jadi saya lebih kepada pemain perancang. Kadangkala saya bernasib baik untuk membuat hantaran bola dan kami menjaringkan gol; kadangkala tidak!
"Saya mahu mengekalkan perkara ini sebagai sebahagian daripada permainan bola sepak saya: bermain untuk rakan sepasukan saya. Jika semua orang boleh menyerlah dan itu bagus. Saya gembira dengan prestasi saya dan dengan apa yang telah kami lakukan setakat musim ini. Selama empat bulan sekarang, kami telah menikmati bermain bola sepak dengan pasukan dan pengurus baru. 
"Secara peribadi, saya rasa saya telah mencapai tahap yang lain kerana Piala Dunia,", dia menambah mengenai kejohanan di mana negaranya menduduki tempat ketiga dan dia memenangi Silver Ball.
"Saya fikir sebelum Piala Dunia mereka menganggap saya pemain yang baik, tetapi selepas Piala Dunia mereka berkata saya adalah salah seorang pemain terbaik di dunia. Itulah tahap yang saya ingin capai dan kekalkan. Saya fikir sejak permulaan musim ini saya telah melakukan dengan cukup baik. 
"Saya tahu saya bermain untuk salah satu kelab terbesar di dunia, dan saya fikir saya boleh memperbaiki banyak di masa akan datang. Saya perlu menjaringkan lebih banyak gol; kita perlu memenangi lebih banyak trofi. Saya sudah banyak menang bersama Chelsea, tetapi apabila anda bermain untuk Chelsea, anda mahukan trofi yang besar seperti Liga Juara-Juara, dan mencapai peringkat akhir. "