Rafa Benitez yakin dia mempunyai perancangan buat Newcastle untuk membuat kekalahan mengejut yang pertama buat Liverpool dengan dia mendakwa masih terlalu awal untuk menggelar The Reds sebagai pasukan pilihan.
Benitez menggambarkan skuad Liverpool sekarang adalah yang terkuat dalam era Liga Perdana, tetapi dia masih merasakan yang mereka boleh dikalahkan.
Newcastle telah tewas kepada Manchester City, United, Arsenal, dan Chelsea musim ini dan Benitez merasakan dalam setiap pertembungan itu, pasukannya layak mendapatkan lebih menerusi permainan tersebut.
"Ianya masih terlalu awal (menggelar Liverpool sebagai pasukan pilihan) tetapi kedua pasukan itu sedikit kehadapan berbanding yang lain," kata Benitez apabila ditanya mengenai kekalahan mengejut Manchester City kepada Palace.
"Pasukan seperti Crystal Palace, dengan tiga pemain di hadapan, anda boleh membeli setiap satu daripada mereka dengan nilai £ 50 juta, jadi ia boleh berlaku apabila anda mempunyai pemain yang bagus untuk serangan balas. Tetapi saya masih melihat Liverpool dan Manchester City di hadapan pasukan yang lain. Liverpool dalam prestasi terbaik, mereka melakukannya dengan sangat baik dan ia akan menjadi perlawanan yang sukar buat kami.
"Buat masa ini, kami perlu fokus. Kami mempunyai perancangan untuk mengalahkan mereka dan jika kami melakukan dengan baik dan mereka lakukan kesilapan kami akan berjaya. Menentang pasukan seperti ini anda perlu melakukan semuanya dengan betul dan mereka perlu mempunyai hari yang kurang baik dan kemudian barulah anda mempunyai peluang."
Liverpool tidak mengalami sebarang kekalahan menjelang pertembungan menentang Newcastle di Anfield dalam Boxing Day, sebelum menentang Arsenal.
Tiada ulasan
Catat Ulasan