Maurizio Sarri Menjelaskan Punca Kekalahan Mengejut Chelsea Kepada Leicester City!




The Blues tewas di tempat sendiri untuk kali pertama musim ini selepas gol menerusi Jamie Vardy hasil hantaran James Maddison melepasi Kepa Arrizabalaga pada minit ke-51.
Chelsea mendominasi perlawanan sebelum rehat dan memperoleh percubaan yang terkena palang gol menerusi percubaan Eden Hazard berikutan kesilapan Harry Maguire - merupakan peluang terbaik buat pasukan tuan rumah mendahului.
Tetapi semakin perlawanan berlalu, ia adalah pasukan Sarri yang melakukan kesilapan-kesilapan mudah ketika Leicester terus memperoleh kekuatan menentang tekanan yang tinggi.
The Foxes mungkin berjaya memperoleh gol kedua mereka tetapi percubaan Vardy kali ini berjaya dihalang oleh Azpilicueta sebelum Kepa menyelamatkan dengan baik percubaan Marc Albrighton.
Ketinggalan dengan satu gol, Chelsea gagal untuk memecahkan pasukan lawan mereka sebelum kehilangan dua peluang keemasan di minit terakhir.
Di minit ke-89, tandukan Rudiger hanya tersasar, sebelum percubaan Marcos Alonso hanya mampu terkena tiang dua minit sebelum tamat permainan.
"Kami bermain dengan baik untuk tempoh 55 minit," kata Sarri kepada BBC Sport.
"Saya berfikir bahawa, sudah tentu, dalam sesetengah situasi kita tidak bernasib baik tetapi kita boleh melakukan sesuatu yang lebih baik.
"Selepas gol itu reaksi yang diberikan bukanlah reaksi yang betul. Reaksi kami sedikit terkejut dan dengan kekeliruan mental. Kami hanya perlu meneruskan permainan seperti sebelum gol itu berlaku, masih terdapat masa untuk kembali."
The Blues tidak pernah tewas di tempat sendiri sejak kali terakhir 1 April, menentang Tottenham, dan kekalahan ini menyebabkan mereka mengumpul mata yang sama dengan pasukan di tempat kelima Arsenal, yang menewaskan Burnley 3-1 di Emirates. Mereka ketinggalan 11 mata di belakang Liverpool di puncak liga.
Dan untuk Leicester, kemenangan ini membantu mereka menduduki tempat ke-9 dan merupakan kemenangan pertama mereka dalam 11 perlawanan menentang The Blues di London.