Manchester United Sedia Lepaskan Eric Dengan Arsenal Berminat!




Jose Mourinho akan terbuka untuk menjual Eric Bailly dengan Arsenal berminat untuk mendapatkan pertahanan Manchester United itu, menurut laporan. 
Pemain antarabangsa Ivory Coast itu, yang telah menandatangani dengan nilai £ 30 juta dari Villarreal pada 2016, hanya membuat sembilan penampilan untuk United musim ini. 
Bailly telah diketepikan oleh Mourinho beberapa kali musim ini dan sebelum kembali ke dalam kesebelasan utama dalam perlawanan berkesudahan 2-2 menentang Arsenal minggu lalu, pemain pertahanan tengah itu tidak diturunkan oleh United sejak 6 Oktober yang lalu. 
Awal minggu ini, dilaporkan bahawa Bailly berada dalam senarai pendek bagi Arsenal menjelang jendela perpindahan Januari ini yang menyaksikan mereka mahu mengukuhkan pilihan mereka di posisi pertahanan tengah.
Unai Emery difahamkan sangat meminati Bailly selepas mengagumi persembahan pemain pertahanan itu ketika mereka masih berada di La Liga. 
Dan menurut Daily Telegraph, Mourinho akan bersedia membiarkan United melepaskan Bailly untuk membantu menambah dana bagi pembelian pertahanan yang baru dan berpengalaman.
Kalidou Koulibaly dari Napoli adalah salah satu sasaran utama Mourinho, tetapi pertahanan kelab Serie A itu akan memerlukan dana sekitar € 150 juta setelah dia menandatangani kontrak lima tahun yang baru pada awal bulan September lalu. 
Toby Alderweirled juga dikehendaki oleh Mourinho tetapi pihak hierarki United enggan menandatangani pemain Belgium pada musim panas yang lalu ketika Tottenham menuntut bayaran perpindahan melebihi £ 50 juta.