Jose Mourinho Menyindir Jurgen Klopp Berkaitan 'Trofi' Menjelang Pertembungan Di Anfield Ahad Ini!




Jose Mourinho telah menyindir sinis Jurgen Klopp menjelang pertembungan Manchester United dengan Liverpool pada hari Ahad ini dengan mengingatkannya bahawa dia tidak memenangi apa-apa di Anfield.
Liverpool mendahului carta Liga Perdana dengan kelebihan satu mata berbanding City dan 16 mata di hadapan United, yang menyaksikan permulaan buruk mereka untuk musim ini telah menyebabkan menduduki tempat empat teratas sebagai sasaran mereka.
Mourinho telah memenangi dua trofi - Piala Liga dan Liga Europa - sejak mengendalikan United, sementara Klopp masih mencari kejuaraan pertamanya selepas tiga tahun di Anfield.
Dan menjelang pertembungan pada minggu ini di Merseyside, Mourinho mengatakan Klopp - yang telah mencapai tiga perlawanan akhir bersama Liverpool namun tewas kesemuanya - tidak boleh dianggap sebagai berjaya sehingga dia menghasilkan piala.
Ditanya sama ada memenangi trofi itu adalah penting, Mourinho berkata: "Saya tidak tahu, ia bergantung kepada cara anda menilainya.
"Saya fikir trofi penting, ianya penting, terutama sekali apabila anda mempunyai potensi untuk bertarung mendapatkannya dan apabila anda menyatakan dengan jelas bahawa tujuannya adalah memenangi piala.
"Saya fikir kadang kala hanya untuk mengatakannya ia bukan tindakan yang bijak, tetapi apabila anda mempunyai potensi, tiada apa yang perlu anda sembunyikan.
"Anda sudah mengetahuinya dari hari pertama potensi anda dan keinginan anda selari dengan potensi yang ada, kerana untuk mengatakan kami mahu menang, semua orang boleh mengatakannya, tetapi ianya akan berlainan dengan potensi yang ada.
"Tapi saya fikir Jurgen telah mengatakannya bahawa mereka mahu memenangi Liga Perdana, dan itu adalah objektif mereka."
Mourinho difahamkan tidak berpuas hati dengan kurang pembelian pemain pada musim panas sebelum ini oleh United, dengan Liverpool membelanjakan £ 168 juta untuk musim panas ini, berbanding dengan £ 70 juta oleh mereka.
Tetapi pengurus United itu berkata: "Ianya bukan sahaja tentang wang yang mereka belanjakan musim panas ini, ianya tentang banyak perkara.
"Ianya tidak hanya membelanjakan wang dan mengukuhkan pasukan, sebuah pasukan bola sepak adalah lebih dari itu, jadi ia tidak hanya melibatkan wang.
"Ianya seperti sebuah rumah. Ianya bukan tentang membeli perabot, anda perlu bekerja, anda akan membelanjakan wang untuk perabot yang terbaik, dan kemudian anda tinggal di sebuah rumah yang hebat."
Ditanya berapa jauhkah pasukan United sekarang dengan pasukan yang dia inginkan, untuk bermain dengan menggambarkan imejnya, Mourinho berkata: "Jauh, sangat jauh.
United telah seri dalam dua perlawanan terakhir mereka di Anfield selepas Mourinho sebagai pengurus, dan dengan sembilan pemain yang cedera, nampaknya dia akan menyusun pasukannya untuk tidak kalah lagi.
"Kami memperoleh dua keputusan yang positif menentang Liverpool musim lalu," kata Mourinho. "Kami kalahkan mereka di tempat sendiri, kami tidak pernah tewas dalam empat perlawanan tak silap saya, tetapi ia adalah masa lalu.
"Jadi Ahad ini tiada kaitan dengan apa yang berlaku sebelum ini. Saya perlu fokus bukan pada yang sudah terjadi, bukan pada pujian yang kami dapat atau tidak, saya perlu fokus pada perlawanan seterusnya, perlawanan seterusnya adalah yang penting dan itu sahaja."