Liverpool Perlukan Sekurang-kurangnya 105 Mata Untuk Menjuarai Liga Perdana Inggeris! - Jurgen Klopp




Jurgen Klopp memuji persembahan matang yang ditampilkan pasukannya dan berpendapat bahawa Liverpool mungkin memerlukan 105 mata untuk memenangi kejuaraan Liga Perdana musim ini.
Liverpool menambah jurang empat mata di puncak liga dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves pada malam Jumaat.
Mereka berjaya mengumpul sebanyak 48 mata selepas 18 perlawanan, tetapi Klopp berpendapat mereka mungkin perlu mengekalkan momentum mereka untuk berpeluang mencabar kejuaraan.
"Setakat ini ia kelihatan seperti satu musim yang sangat istimewa, 48 mata sebelum Krismas adalah gila," kata pengurus Liverpool itu kepada Sky Sports.
"Tetapi ada pasukan lain, Chelsea, Manchester City, Tottenham, Arsenal, juga bermungkinan akan menang, jadi mereka mempunyai 40 mata, tiada siapa yang kehilangan mata dari kedudukan kelima atau keenam. Anda mungkin memerlukan 105 untuk menjadi juara pada akhir musim ini, anda tidak tahu.
"Kami tahu kami bagus dan berada dalam keadaan yang baik tetapi kami perlu menghormati yang lain juga adalah bagus jadi kami tidak boleh memulakan parti atau merancang pesta untuk musim panas sekarang.
"Untuk saat ini ia sangat bagus dan kini kami perlu memastikan kami mempunyai pemain yang segar secepat mungkin dan bersiap sedia untuk Newcastle."
Mohamed Salah dan Virgil van Dijk menjaringkan gol untuk memastikan kemenangan Liverpool di Molineux.
Van Dijk juga juga dinamakan sebagai pemain terbaik perlawanan itu selepas mempamerkan persembahan cemerlang di pertahanan Liverpool.
Ditanya sama ada Van Dijk adalah lebih baik daripada yang difikirkan Klopp ketika ia dibawa masuk pada Januari, pengurus Liverpool berkata: "Ya, bersama-sama dengan semua pemain yang lain di sekitarnya, dia menjadi lebih baik.
"Dia perlu memperbaiki diri, dia masih bertambah baik, tetapi dia pemain yang cemerlang, dia sangat membantu, tetapi anda juga melihat bagaimana kami melakukannya di sekelilingnya, Virg adalah pemain yang kami dapat lihat di dalamnya, jadi ianya ok."