Chelsea Dijangka Bakal Melepaskan Victor Moses Dan Tammy Abraham Januari Ini!




Chelsea bersedia untuk menjual Victor Moses pada jendela perpindahan Januari ini, dengan bintang Nigeria itu tidak berada dalam perancangan Maurizio Sarri.
Moses, yang merupakan pemain menerusi akademi Crystal Palace menyertai Wigan pada tahun 2010, hanya membuat lima penampilan untuk The Blues musim ini.
Wolves dan juga West Ham sedang mengintai situasi pemain tersebut namun dipercayai Palace berada di barisan hadapan untuk mendapatkan semula khidmat Moses di Selhurst Park.
Chelsea juga dijangka mempertimbangkan untuk menjual Tammy Abraham yang kini dalam prestasi cemerlang dalam tempoh pinjamannya bersama Aston Villa pada bulan depan.
Newcastle sedang berusaha untuk sekali lagi membuat tawaran bagi bintang England itu yang sebelum ini gagal dalam usaha untuk mendapatkannya secara pinjaman pada tahun 2017 apabila pemain itu dipinjamkan ke Swansea.
Sementara dia menyertai Aston Villa secara pinjaman sepanjang musim, Chelsea mempunyai hak untuk panggil dia semula.
Chelsea dijangka mahu mendapatkan penyerang baru pada bulan Januari ini, dengan penyerang Bournemouth Callum Wilson salah satu daripada sasaran mereka.
Penjualan Abraham akan membantu meningkatkan dana untuk bajet perpindahan Chelsea.
Palace juga dijangka mengejar tandatangan Abraham, sementara mereka juga berminat untuk mendapatkan Dominic Solanke secara pinjaman dari Liverpool.