Jose Mourinho Menyalahkan DUA Lagenda United Ini Sebagai Punca Pemecatannya!




Jose Mourinho percaya bahawa Rio Ferdinand dan Paul Scholes bersekongkol menentangnya untuk memecatnya dari Manchester United. 
Tempoh dua tahun setengah pengurus Portugal itu di Old Trafford berakhir pada hari Isnin lalu selepas dia dipecat oleh naib pengerusi eksekutif kelab, Ed Woodward. 
Mourinho nyata 'terkejut' dengan keputusan kelab itu dan merasakan bahawa pihak lembaga itu sepatutnya memberi lebih banyak masa memandangkan mereka gagal menyokongnya dalam pasaran perpindahan. 
Pengurus berusia 55 tahun itu merasakan dua musim pertamanya di kelab itu adalah berjaya tetapi menyalahkan 'pengaruh negatif dari luar' daripada pakar-pakar seperti Ferdinand dan Scholes yang mewujudkan suasana buruk di Old Trafford.
Scholes khususnya telah mengkritik Mourinho dalam beberapa bulan kebelakangan ini dan berkata jurulatih itu 'memalukan' kelab. 
Mourinho enggan mengkritik bekas pemain dalam sidang akhbar tetapi sangat marah terhadap pengulas seperti Scholes semasa bulan-bulan terakhirnya di Old Trafford. 
Mourinho merasakan sampingan ceritanya itu jarang dipamerkan dan percaya permasalahan United berpunca dari pihak atasan.
Ole Gunnar Solskjaer telah ditugaskan di Old Trafford dan akan memimpin pasukan itu buat kali pertama menentang bekas kelabnya Cardiff City pada hari Sabtu. 
Angel Gomes dan James Garner, kedua-duanya merupakan pemain akademi, yang telah disenaraikan bersama-sama skuad utama United untuk perjalanan ke Wales.