Manuel Neuer Atau Alisson Becker? Oliver Kahn Mendedahkan Siapa Penjaga Gol Yang Terbaik!




Oliver Kahn percaya Alisson Becker adalah lebih 'berkelas dunia' dan menilai dia di atas daripada Manuel Neuer mengikut prestasi semasa. 
Legenda Jerman itu adalah peminat besar pada bintang Brazil tersebut, tetapi berasa bimbang dengan persembahan rakan senegaranya sejak dia kembali dari kecederaan. 
Alisson dan Neuer akan bertembung di Liga Juara-Juara tahun depan, dengan Liverpool menghadapi Bayern Munich dalam Liga Juara-Juara di pusingan kalah mati, dan Kahn memberikan keputusannya mengenai siapa yang dia pilih sebagai penjaga gol terbaiknya. 
"Pada masa ini ia adalah Alisson," katanya.
"Dia menunjukkannya di Piala Dunia bahawa dia adalah penjaga gol berkelas dunia. Neuer tidak berjaya bermain seperti yang pernah dilakukannya sejak kembali dari kecederaan. 
"Saya fikir dua perkara yang menghancurkan rentaknya sedikit sebanyak adalah: terkeluar dari Piala Dunia terlalu awal dan faktor kecederaannya. 
"Tidak mudah apabila anda tahu sebagai seorang pemain: "Jika ada sesuatu yang terjadi pada kakiku lagi, mungkin itu juga untuk kerjaya saya". 
"Itu adalah aspek psikologi yang juga memainkan peranan. Dia perlu mencari keyakinan sempurna pada tubuh badannya dan kemudian dia akan menemui semula prestasi lamanya."
Kahn yakin perlawanan Liga Juara-Juara menentang pendahulu Liga Perdana itu adalah 'sempurna' untuk pasukan Niko Kovac - yang ketinggalan enam mata di belakang Borussia Dortmund dalam saingan Bundesliga - dan harus memberikan mereka cabaran yang mereka perlukan.
"Untuk Bayern ini adalah benar-benar sempurna. Inilah yang mereka perlukan. Mereka mahu mencabar yang terbaik dan di Bundesliga mereka mengalami cukup banyak kesukaran sejak beberapa bulan lalu," tambah Kahn. 
"Bayern selalu mempunyai kualiti untuk memenangi Liga Juara-Juara. Bagaimanapun, Jurgen Klopp mencapai perlawanan akhir bersama Liverpool musim lalu. Mereka mempunyai banyak pemain yang baik dan laju untuk sistem Klopp dengan aspek menekan yang tinggi dan laju. 
"Ia bukan satu kebetulan mereka menjadi pendahulu di Liga Perdana. Itu adalah salah satu lawan yang paling sukar untuk Bayern. "