Falsafah Bola Sepak Menyerang Adalah Tradisi, Sejarah Dan Identiti Manchester United! - Ole Gunnar Solskjaer




Ole Gunnar Solskjaer merancang untuk menggunakan kelajuan yang ada pada Anthony Martial, Marcus Rashford, Jesse Lingard dan Paul Pogba untuk mengancam pertahanan lawan.
Pengurus Norway itu berkata falsafah bola sepak menyerang adalah identiti Manchester United dan dia akan melakukan segala yang dia mampu untuk memastikan anak buahnya memainkan gaya permainan tersebut.
Pemenang Trebble tahun 1999 itu mengharungi perlawanan pertamanya pada hari Sabtu sebagai pengurus sementara menentang Cardiff dan berjaya memenangi perlawanan dengan jumlah gol yang besar 5-1.
Di bawah Jose Mourinho, United lebih suka bermain dengan gaya permainan bercorak lebih bertahan. Pada masa itu di Old Trafford semua peminat bersorak "serang, serang, serang".
Tetapi dengan Solskjaer yang kini mengambil alih tugas terssebut, peminat di Old Trafford mungkin akan dapat saksikan apa yang mereka inginkan.
"Mereka (pemain) tidak pernah mengatakan apa-apa kepada saya tentang apa-apa 'brektangan'(di bawah Jose Mourinho)," kata Solskjaer. "Tetapi kami bercakap dalam pasukan semasa perjumpaan tentang bagaimana kami mahu mendapatkan satu gol, dan kemudian dua gol. Apabila kami mendapatkan dua, kami akan mahukan yang ketiga."
Dia menambah: "Ia sentiasa berlaku seperti yang terjadi di Cardiff tetapi anda perlu mencuba dan melakukannya, tetapi ia berhasil dan dengan kelajuan yang kami ada di bahagian hadapan, saya fikir tiada pasukan yang mahu melihat Martial, Rashford, Lingard dan Pogba berlari menentang mereka. 
"Jadi mengapa perlu kita menghentikan mereka? Falsafah menyerang adalah identiti untuk Manchester United. Itu adalah tradisi, itu adalah sejarah, begitulah cara kami bermain dan mahu bermain."