Ini Jawapan Benitez Ketika Ditanya Adakah Pasukan Liverpool Sekarang Lebih Baik Berbanding Liverpool UCL 2005!




Rafael Benitez merupakan salah satu pengurus yang berjaya di Liverpool selepas berjaya membawa kelab itu menjuarai Liga Juara-juara pada tahun 2005 menerusi kemenangan dramatik menewaskan AC Milan menerusi sepakan penalti.
Kemenangan yang sangat sukar dilupakan oleh para peminat dan selepas meninggalkan Anfield, Benitez masih tetap disanjung atas jasa yang telah beliau lakukan untuk Liverpool. Benitez bakal kembali ke Anfield Rabu ini bersama pasukannya Newcastle untuk perlawanan menentang Liverpool pada Boxing Day.
Apabila ditanya adakah pasukan Liverpool kini di bawah Jurgen Klopp adalah lebih baik berbanding pasukan yang memenangi Liga Juara-juara pada tahun 2005 bersama dia sebagai pengurus, Benitez mengatakan ya mereka lebih baik, tetapi hanya kerana mereka memiliki skuad yang lebih bagus berbanding dia.
Ia satu lagi peringatan -yang mana Benitez tidak pernah penat katakan- yang dia tidak menerima sokongan dana untuk pembelian pemain ketika dia berada di Anfield seperti yang diterima oleh Klopp sekarang.
"Ianya sukar untuk mengatakan yang mana lebih baik," katanya. "Kerana, sentiasa dalam ingatan saya, iaitu kami mengalahkan Real Madrid dan Barcelona, ia adalah sebuah pasukan yang hebat. 
"Apa yang saya fikirkan ialah, mereka mempunyai skuad yang baik kerana apabila anda membelanjakan wang anda membawa masuk pemain yang bagus. Jadi, apabila mereka membeli Fabinho dan Keita, membelanjakan sedikit wang, dan kemudian mereka mengekalkan Henderson dan Wijnaldum, anda telah mengekalkan pemain yang bagus dan membawa masuk pemain yang bagus dan skuad akan menjadi lebih baik. 
"Mereka mempunyai pasukan  dan skuad yang sangat baik jadi anda boleh menukar pemain dan masih mempunyai 11 pemain yang sangat bagus. Ketika saya di sana, kita perlu menjual pemain sebelum membeli..."
Jurgen Klopp sebelum ini mengakui 'Pintu Terbuka' buat Liverpool pada jendela perpindahan Januari ini sekiranya terdapat mana-mana pemain utamanya yang alami kecederaan selepas dia kehilangan khidmat Joe Gomez dan Joel Matip untuk beberapa minggu akibat kecederaan.