Ini Reaksi Jurgen Klopp Selepas City Tewas Lagi Dan Liverpool Teruskan Rekod Tanpa Kalah Mereka!




Jurgen Klopp percaya Manchester City tidak perlu bimbang dengan jurang tujuh mata di belakang Liverpool di puncak Liga Perdana Inggeris. 
Liverpool meneruskan prestasi cemerlang mereka pada Boxing Day dengan kemenangan 4-0 ke atas Newcastle United di Anfield. 
Sementara itu, City terus ketinggalan di belakang selepas mereka mengalami kekalahan 2-1 kepada Leicester City. 
Liverpool bakal menghadapi Arsenal pada hari Sabtu ini di Anfied sebelum bertandang ke Etihad pada Khamis depan dan Klopp percaya pesaing mereka itu perlu menetapkan di minda mereka bahawa mereka hanya ketinggalan empat mata.
"Kami tidak tahu mengenai keputusan Manchester City sehingga selepas perlawanan," kata Klopp kepada BBC selepas kemenangan Liverpool menentang Newcastle.
"Kami bermain menentang City tidak lama lagi ... jika saya adalah mereka, saya fikir hanya ada jurang empat mata kerana kami masih perlu bermain menentang mereka, kemudian kami perlu bermain Arsenal sebelum itu juga. 
"Satu-satunya perkara yang penting kepada kami ialah prestasi dan mengekalkan tahap prestasi. Ianya baik tetapi itu sahaja. Tottenham kini terus cemerlang, mereka mempunyai musim panas yang sukar tetapi mereka melakukannya dengan bijak. 
"Kami juga berada dalam prestasi yang baik. Chelsea akan menang, Arsenal akan menang, ia akan menjadi satu perlumbaan sehingga hari terakhir.
"Tetapi kita berada di dalamnya(perlumbaan) dan itu penting. Kami hanya mencipta asas untuk sepanjang musim ini dan asas selepas bahagian pertama musim ini jelas sesuatu yang baik. "