Eden Hazard Akui N'Golo Kante Kurang Kreativiti Untuk Bermain Di Posisi Barunya!




Eden Hazard mengakui bahawa N'Golo Kante tidak sesuai untuk bermain sebagai pemain tengah yang lebih ke hadapan di Chelsea, namun yakin dia dapat berkembang dalam posisinya itu. 
Pemenang Piala Dunia telah dipindahkan dari kedudukan pemain tengah pertahanan yang biasa dimainkannya oleh pengurus baru Maurizio Sarri dan bermain dalam peranan yang lebih menyerang. 
Ianya membuahkan hasil ketika bertemu Manchester City, di mana dia membuka jaringan, walaupun ramai peminat mempersoalkan sama ada kebolehan pertahanannya disia-siakan, terutama dengan Jorginho yang kelihatan agak rapuh di pertahanan tengah Chelsea.
Sementara Hazard mengakui bahawa kekurangan kreativiti pada Kante adalah satu kelemahannya di posisi baru, dia berkata Sarri bekerjasama dengan pemain tengah itu untuk membantunya menyesuaikan diri. 
"Saya rasa Kante gembira untuk bermain di mana-mana sahaja. Malah sebagai penjaga gol, dia akan berasa gembira," Hazard memberitahu RMC ketika ditanya mengenai peranan baru bintang Perancis itu.
"Sebelum ini, [Claudio] Ranieri dan [Antonio] Conte meminta kepadanya perkara yang berbeza. Sekarang Sarri meminta sesuatu yang lain daripada dia. 
"N'Golo dikenali sebagai seseorang yang membantu mendapatkan penguasaan bola. Dia bukan perancang permainan yang baik, N'Golo kurang perkara itu dalam darahnya.
"Tetapi dia berbincang dengan Sarri dalam sesi latihan, dia melihatnya dengan baik apa yang diharapkan oleh jurulatih daripada dia. Dia bijak di atas padang, dia akan menyesuaikan diri dengan semua keadaan. "
Hazard membantu untuk kedua-dua gol Chelsea dalam kemenangan 2-0 ke atas Manchester City di Stamford Bridge, yang menyebabkan kekalahan pertama dialami buat penyandang juara Liga Perdana musim lalu itu.