Jaringan Salah Dan Kecemerlangan Allison, Bantu Liverpool Kekal Di Liga Juara-juara!




Jaringan Mohamed Salah telah membawa Liverpool layak ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara apabila keputusan 1-0 yang diperlukan menewaskan Napoli dalam kumpulan C tercapai.
Gol di babak pertama oleh penyerang itu meraih tiga mata penuh selepas pertembungan sengit dengan kelab Serie A itu yang kekal hingga ke wisel penamat.
Ini adalah hasil yang mencukupi untuk membawa pasukan Jürgen Klopp mengatasi Napoli melalui perbezaan jaringan gol, dengan rekod 'head-to-head' dan perbezaan gol yang tidak dapat memisahkan mereka.
Oleh itu, The Reds menduduki tempat kedua di belakang Paris Saint-Germain dan akan berada untuk cabutan undi bagi pusingan pertama peringkat kalah mati pertandingan pada Isnin depan.
(Berita Pasukan)
Klopp membuat tiga perubahan pada kesebelasan utamanya ketika menentang Bournemouth hujung minggu lalu, dengan Trent Alexander-Arnold, Jordan Henderson dan Sadio Mane kembali ke dalam pasukan. Andy Robertson membuat penampilan ke-50 untuk kelab itu.
(Masa Pertama)
Sentuhan yang lebih baik dari Salah mungkin membolehkan The Reds mendahului seawal minit ketujuh tetapi No.11 tidak dapat mengawal bola pertama hantaran Robertson, yang merupakan ancaman pertama di dalam kotak penalti Napoli.
Kemudian, Marek Hamsik melepaskan rembatan melepasi palang gol, sebelum tandukan James Milner tersasar hasil hantaran dari Alexander-Arnold.
Hadangan keras yang dilakukan Virgil van Dijk terhadap Dries Mertens, yang mana pemain Belanda itu menerima layangan kad kuning dan akan terlepas perlawanan seterusnya di Liverpool, menghentikan seketika debaran perlawanan.
Tetapi tidak lama - dan Anfield bersorak, walaupun secara ringkas, ketika Mane secara klinikal melonjak untuk menanduk hantaran dari Alexander-Arnold namun dia ditangkap 'offside'.
Perayaan sebenar hadir di minit ke34, ketika Milner menghantar bola tepat ke kaki Salah yang melakukan gerakan menarik untuk membawa Liverpool di depan/
Gol bintang Mesir yang ke-13 untuk  musim ini; dia melepasi cubaan Mario Rui untuk menjatuhkannya, melepasi Kalidou Koulibaly dan, dari sudut yang sempit di sebelah kanan, mengetuk bola melepasi cela kaki penjaga gol menerjah jaring.

Kelebihan buat Liverpool sehingga rehat separuh masa.
(Masa Kedua)
45 minit kedua dimulakan apabila kedua pasukan bersedia di atas padang dan Salah sekali lagi hampir meletakkan Liverpool mendahului dengan dua gol.
Henderson berjaya mencuri bola dari kawalan Hamsik sehingga membolehkan Roberto Firmino membuat hantaran kepada Salah di sebelah kanannya. Penyerang itu menunjukkan kekuatan fizikalnya untuk menahan Rui ketika dia memasuki kawasan berbahaya itu tetapi percubaannya tersasar.
Firmino menanduk bola hantaran Alexander-Arnold tepat kepada David Ospina dan penjaga gol Napoli itu menangkap bola dengan kemas hasil percubaan luar kotak dari kapten Liverpool, Jordan Henderson yang menyaksikan The Reds menggandakan serangan setengah jam sebelum perlawanan tamat.
Jurulatih Napoli, Carlo Ancelotti membuat tiga pertukaran secara pantas dalam cubaan untuk mendapatkan semula rentak mereka dan ianya berhasil, dengan pasukan pelawat berjaya mengekalkan tekanan buat tuan rumah.
Sebaliknya, ruang terbuka untuk anak bauh Klopp dalam serangan balas, dan dengan satu perempat dari masa penuh perlawanan menyaksikan Ospina terpaksa memaksa Salah bergerak ke tepi dalam situasi satu lawan satu dan kemudian kembali menyelamatkan hantaran susulan kepada Firmino.
Dia terus menghasilkan detik-detik penyelamatan yang lebih baik selepas itu, kali ini dengan kakinya, ketika Robertson memecah masuk dari ruang di sebelah kiri dan hantaran kepada Mane untuk membuat percubaan dari jarak dekat.
Lorenzo Insigne membuat hantaran berbahaya dari sayap sebelah kiri dan Robertson tidak dapat menghalangnya dari Jose Callejon, yang melepaskan rembatan melepasi palang gol.
Liverpool terus mencipta peluang dan Mane yang tidak dikawal membuat percubaan dari jarak 8 meter hasil hantaran Salah tetapi tidak berjaya disempurnakan di masa tambahan perlawanan.
Masih dalam situasi tegang, Napoli enggan menyerah kalah, dan Alisson Becker berjaya menafikan usaha jarak dekat di masa tambahan dari Arkadiusz Milik dengan gaya yang menakjubkan.

Dan gol jaringan Mohamed Salah kekal hingga ke wisel penamat, sangat bertuah, sudah cukup membuktikan dan perjalanan Liga Juara-Juara 2018-19 bagi Liverpool diteruskan ke peringkat kalah mati.