Tindak Balas Nicolas Pepe Tentang Perpindahan Ke Arsenal!




Bintang Lille, Nicolas Pepe menerima baik khabar angin yang mengaitkan dia dengan perpindahan ke Arsenal pada musim panas akan datang, walaupun The Gunners akan menghadapi persaingan dari Chelsea dan Manchester City. 
Pemain berusia 23 tahun itu telah menikmati kempen cemerlang setakat musim ini, berjaya menjaringkan lapan gol dan melakukan lima bantuan gol lagi untuk membantu Lille menduduki tangga ke-3 dalam saingan Ligue 1.
Yang menariknya, hanya penyerang PSG, Kylian Mbappe (15) telah terlibat dalam lebih banyak gol dalam 5 liga terbaik Eropah berbanding Pepe (13) musim ini.
Prestasi cemerlang pemain antarabangsa Ivory Coast itu telah melihat dia dikaitkan dengan perpindahan ke Arsenal, sementara kelab gergasi Jerman Bayern Munich dan juga Borussia Dortmund juga turut dilaporkan berminat. 
Pepe akan memerlukan kos permbiayaan sekitar £ 44 juta, dan RMC Sport mendakwa bahawa Chelsea juga mempersiapkan langkah mereka untuk mendapatkan pemain sayap tersebut.
Dia telah menolak keputusan untuk meninggalkan Lille pada bulan Januari ini ketika dia dalam usaha untuk membantu pasukannya layak ke saingan Liga Juara-Juara musim depan, walaupun begitu membuka pintu untuk perpindahan pada musim panas. 
"Satu pilihan di antara Dortmund, Bayern atau Arsenal? Mereka semua kelab yang besar, saya tidak mengambil berat tentang khabar angin ini, walaupun ianya bagus," kata Pepe kepada Telefoot.
"Tinggalkan Lille di akhir musim ini? Kita semua tidak tahu apa yang akan saya lakukan esok!"
Pengurus Arsenal Unai Emery berminat untuk membawa maih lebih banyak penyerang, dan turut juga dikaitkan dengan Ousmane Dembele sepanjang musim panas, sementara Chelsea juga ingin menambah kekuatan di bahagian serangannya.