Roberto Firmino Perlukan Rehat Untuk Kembali Cergas Dan Cemerlang!




Roberto Firmino perlukan rehat di Liverpool dengan ada pendapat bahawa dia mengalami situasi kurang selesa dengan persaingan tempat yang semakin meningkat dalam pasukan The Reds.
Penyerang itu menjaringkan 27 gol pada musim lalu tetapi mengalami kesukaran untuk tampil cemerlang musim ini, dengan hanya menjaringkan satu gol dalam sembilan penampilan terakhir untuk Liverpool.
Selepas satu lagi perlawanan yang mengecewakan dalam aksi menentang Arsenal dengan keputusan 1-1, ini menunjukkan Firmino hanya berjaya menjaringkan dua gol dan melakukan dua assist dalam 11 penampilan musim ini.
Menulis dalam berita mingguan dalam satu ruang di Times, Tony Cascarano telah menerangkan tentang kerisauannya mengenai prestasi Firmino selepas beban yang berat yang dipikulnya sejak permulaan musim.
Dan bekas pemain Chelsea berpendapat jika pilihan untuk terus meletakkan dia dalam kesebelasan utama tidak memberikan impak yang sepatutnya.
"Roberto Firmino pada pandangan saya sepertinya dia perlukan rehat dan saya tidak akan terkejut sekiranya Jurgen Klopp tidak menurunkan dia dalam salah satu daripada perlawanan akan datang," katanya. "Dia pemain yang sangat baik tetapi dalam sembilan penampilan terakhirnya untuk Liverpool dia hanya menjaringkan satu gol - menentang Red Star Belgrade - dan tidak melakukan sebarang bantuan gol.
"Dia bermain dalam 69 permainan sejak permulaan musim lepas, lebih daripada mana-mana pemain di Liga Perdana Inggeris, malah Salah juga bermain kurang dua daripada jumlah itu. Dia akan mendapat keuntungan melalui rehat untuk kembali mencergaskan dirinya.
"Sesetengah pemain bertindak balas dengan kurang baik mengenai persaingan untuk mendapatkan tempat mereka dan saya rasakan Firmino adalah salah satunya. Daniel Sturridge, Xherdan Shaqiri, dan Adam Lallana, kesemuanya sedang mencabar dia untuk tempat dalam kesebelasan utama buat masa ini dan hal ini mungkin menyebabkan Firmino berasa kurang selesa."