Sadio Mane Tidak Berminat Bercakap Mengenai Kontrak Sebaliknya Lebih Memfokuskan Aksi Di Atas Padang!




Sadio Mane menolak untuk memberi komen tentang situasi kontraknya di Liverpool, dengan penyerang Senegal itu belum lagi menandatangani kontrak jangka panjang yang baru bersama kelab tersebut.
Mane dilaporkan dalam perbincangan untuk menandatangani kontrak baru pada penghujung musim lalu. Walaubagaimanapun, pemain berusia 26 tahun itu masih belum menandatangai sebarang persetujuan dengan kontrak semasanya akan tamat pada tahun 2021.
Ketika ditanya mengenai masa depannya, bekas pemain Southampton itu yang berpindah ke Anfield pada tahun 2016 lebih berminat untuk bercakap mengenai perkara-perkara di atas padang.
"Saya lebih memfokuskan kepada permainan, perkara seperti kontrak saya serahkan kepada ejen saya," kata Mane kepada Liverpool.echo.
"Saya gembira dan memberi tumpuan untuk memberikan yang terbaik kepada pasukan, pengurus dan peminat."
Liverpool berjaya mendapatkan satu mata di Stadium Emirates dalam perlawanan ke-11 Liga perdana Inggeris dengan persembahan yang hebat tetapi turun ke tangga ketiga dalam carta liga selepas kedua-duanya Manchester City dan Chelsea mencatatkan kemenangan.
Mane menegaskan yang para pemain hanya memberi fokus terhadap diri sendiri dan tidak melihat kepada pasukan musuh dengan pasukan The Reds memburu kejuaraan Liga sejak 1990.
"Sejujurnya, kami tidak memikirkan pasukan seperti Manchester City dan yang lain,"tambah Mane.
"Tiada sebab untuk menambah tekanan terhadap diri kami sendiri. Ia masih permulaan musim. Kami mempunyai tugas yang perlu dilaksanakan dan itulah yang akan kami fokuskan.
"Kami perlu mengambil perkara yang positif. Arsenal, Chelsea dan Tottenham adalah pasukan yang baik dan kami sudahpun bermain menentang mereka dan kami masih tidak pernah tewas. Sekarang kami akan cuba untuk melakukannya dengan lebih baik lagi."