Ander Herrera Beri Amaran Kepada Juventus Dan City Tentang Anthony Martial Dan Marcus Rashford!




Pemain tengah Manchester United, Ander Herrera mungkin akan diturunkan untuk bermain dalam perlawanan menentang Juventus dan juga Manchester City.
Bintang Sepanyol itu mengalami kesukaran untuk mendapatkan minit bermain sejak kebelakangan ini, tetapi tampil cemerlang dalam perlawanan menentang Bournemouth.
Herrera membantu pasukan United untuk menewaskan pasukan bimbingan Eddie Howie hasil jaringan daripada Anthony Martial dan juga Marcus Rashford.
Dan Herrera memberi amaran kepada Juventus dan Manchester City tentang ancaman yang boleh dibawa oleh Martial dan juga Rashford.
"Jika kita mahu menang menentang Juventus dan juga Manchester City, kita tidak boleh melakukan kesilapan seperti yang kita lakukan di separuh masa pertama hari ini, tambahan pula dengan pasukan yang kita ada," kata Herrera.
"Apabila saya melihat beberapa latihan para pemain dan cara mereka bermain pada separuh masa kedua, Anthony, Jesse selepas dia dimasukkan, Marcus Rashford, kita akan menang banyak perlawanan dengan pemain seperti mereka.
"Jadi mari tingkatkan permainan untuk perlawanan yang akan datang, bermula dari minit pertama lagi.
"Kita perlu melalui perlawanan seperti yang kita lakukan selepas 30 atau 35 minit kerana saya fikir di 10 minit terakhir separuh masa pertama, kita bermain dengan sangat baik."
"Tetapi jika kita mahu mendapatkan kelompok empat teratas musim ini, kita perlu lakukannya dari awal perlawanan lagi."
Mourinho kemarin memberi pujian kepada Herrera untuk tekanan yang diberikan di atas padang kepada pemain lawan.
Dan bintang United itu membalas : "Ya saya tahu saya ada kualiti itu.
"Saya hanya memahami bola sepak sebagai permainan berpasukan.
"Kami mempunyai skuad yang luar biasa 22, 23 pemain dan kami semua mahu bermain tetapi kami juga mahu membantu pasukan.
"Sudah tentu, saya mahu bermain dalam setiap perlawanan sepanjang musim seperti yang anda tahu.
"Tetapi apabila saya mendapat peluang untuk bermain saya hanya cuba memberikan segalanya di atas padang, seperti yang pernah saya beritahu kamu semua semasa sesi temu bual di awal saya berada di sini.
"Kami mempunyai banyak perkara yang perlu diberikan kepada peminat dan satu-satu perkara yang boleh saya lakukan adalah di atas padang.
"Jika saya hanya bermain untuk dua minit, ia adalah dua minit. Jika saya mempunyai tempoh lapan minit seperti menentang Everton, saya akan lakukan yang terbaik sepanjang tempoh lapan minit.
"Dan jika saya mempunyai lebih masa seperti hari ini, saya akan berikan segalanya. Itu adalah satu-satu cara saya memahami bola sepak."