Oxlade-Chamberlain Berterima Kasih Kepada Jurgen Klopp Kerana Kekal Percaya Dengan Dirinya!




Alex Oxlade-Chamberlain berterima kasih kepada pengurus Liverpool Jurgen Klopp kerana kekal percaya kepada dia sementara dia terus dalam usaha untuk kembali pulih sepenuhnya.
Pemain Antarabangsa England itu mengalami kecederaan serius dalam kemenangan 5-2 Liverpool kepada Roma dalam saingan peringkat separuh akhir Liga Juara-juara dan berharap untuk kembali beraksi sebelum tamat musim ini.
Oxlade-Chamberlain, yang tiba di Anfield pada bulan Januari 2017, merupakan pemain yang kerap berada dalam kesebelasan utama The Reds sebelum mengalami kecederaan.
Tetapi meskipun pemain berusia 25 tahun itu mengakui ianya sangat sakit untuk berada di luar padang, Klopp telah melakukan segalanya untuk memastikan dia akan dilibatkan dalam pasukan sebaik sahaja dia pulih sepenuhnya.
"Dia sangat baik," kata Oxlade-Chamberlain kepada siaran Liverpool TV. "Setiap kali saya melihat dia, dia akan sentiasa tersenyum.
"Dia sangat positif dan menetapkan minda saya dan setiap kali dia bercakap mengenai pasukan dia akan menyebut nama saya, yang mana ia sangat baik, terutama sekali apabila pemain yang lain tengah melakukan tugas dengan sangat baik.
"Perkara yang penting adalah dia memberikan saya masa. Dia memberitahu saya, 'Lihat, kita tahu tempoh berapa lama situasi ini, jangan risau tentangnya, pastikan diri anda pulih dan kita akan lakukannya sekali lagi' yang mana ianya sangat sedap untuk didengar."
Pemain tengah itu, yang dijangka bakal kembali beraksi pada bulan Mei, mendedahkan bahawa dia mengetahui tentang teruknya kecederaan ini selepas ia berlaku.
Ditanya jika dia tahu betapa teruknya kecederaannya, dia menjawab: "Saya mengalami banyak kesakitan sepanjang tahun dan saya tidak terlalu memikirkannya.
"Saya suka untuk bangun dengan cepat tidak kira betapa sakit yang saya rasakan. Tetapi yang ini, saya terus berfikir, 'saya mengalami kesukaran di sini, sesuatu yang buruk telah berlaku'. Saya fikir semua tahu melalui reaksi saya, saya jarang memberi reaksi seperti itu. 
"Saya masih ingat duduk di bilik pemulihan dan saya hanya berkata, 'Adakah ianya ACL? Adakah ia teruk?' dan mereka berkata 'kami risau tentang perkara itu, tetapi kami masih belum pasti, kita perlu memeriksanya'. Selepas itu, seperti yang dijangkakan, ia tepat sekali."