Juventus Tawarkan Kontrak Lumayan Untuk Dapatkan Aaron Ramsey!




Juventus telah menawarkan Aaron Ramsey satu perjanjian bernilai £ 10.4 juta setahun untuk menolak  tawaran dari Bayern Munich, menurut laporan. 
Bintang Arsenal itu dijadualkan akan meninggalkan Emirates sama ada pada bulan Januari ataupun pada musim panas akan datang, apabila kontrak semasa Ramsey tamat. 
Chelsea, Manchester United dan Liverpool turut memburu tandatangan pemain tersebut, tetapi ianya adalah kelab-kelab dari luar England yang membuat langkah awal bagi menandatanganinya.
Ramsey bebas untuk berbincang dengan mana-mana kelab luar pada bulan Januari ini dan boleh menandatangani pra-kontrak bersama kelab tersebut. 
The Sun mendakwa Juventus dalam usaha untuk memintas usaha Bayern untuk mendapatkan Ramsey selepas beberapa laporan mengatakan bahawa bintang Wales itu kini berada di ambang untuk mempersetujui kontrak bersama kelab gergasi Jerman itu. 
Juventus mahukan Ramsey disaat kontraknya bersama Arsenal akan tamat, supaya dia boleh menyertai mereka secara percuma pada musim panas akan datang.
Ramsey telah ditawarkan kontrak dengan gaji bernilai £ 200,000 untuk menyertai Juventus dan gembira untuk memberikan pemain berusia 27 tahun itu kontrak selama empat tahun, yang bermakna The Gunner akan mengumpul £ 40 juta secara keseluruhannya sebelum cukai. 
Beberapa kelab Inggeris juga sedang mengawasi keadaan Ramsey, tetapi mungkin tidak dapat bersaing dengan tawaran lumayan yang diberikan oleh Juventus. 
Ramsey dilaporkan mahu kekal dalam Liga Perdana Inggeris, tetapi tawaran yang menguntungkan di Itali mungkin terlalu istimewa untuk ditolak.
Arsenal bersedia untuk membiarkan Ramsey pergi selepas menarik semula tawaran kontrak yang mereka berikan atas permintaan Unai Emery. 
Emery mahu menggunakan dana yang boleh dibelanjakan untuk mengikat Ramsey dengan perjanjian baru dengan menandatangani pemain pilihannya sendiri.
Arsenal boleh melepaskan Ramsey pada bulan Januari, dan bersedia untuk prospek kehilangan pemain tengah itu pada pertengahan musim ini.