Pemain Chelsea Perlu Bantu Kurangkan Beban Eden Hazard - Willian




Willian akui setiap pemain dalam pasukan Chelsea perlu melakukan dengan lebih baik untuk mengurangkan beban terhadap Eden Hazard.
Bintang Belgium itu mengalami kecederaan belakang dalam perlawanan menentang Manchester United yang berkesudahan 2-2 pada hari sabtu selepas dia dikawal dengan rapi oleh pasukan pelawat.
Bukan hanya dia di kawal dengan ketat oleh Ashley Young, malahan pemain-pemain Manchester United sering melakukan kekasaran terhadap dia.
Hazard, penjaring terbanyak kelab setakat ini dengan 8 gol, kini dijangka akan terlepas aksi dalam Liga Eropah menentang Bate Borisov pada hari khamis, sementara dia juga dalam keraguan untuk diturunkan hujung minggu ini menentang Burnley.
Willian memberitahu Standard Sport: "Kami semua tahu betapa pentingnya Hazard kepada kami semua, tetapi kami adalah pasukan yang hebat dengan banyak pemain yang berkualiti.
"Kadang kala dia menjaringkan gol atau melakukan assist, itulah sebabnya kita perlukan keseluruhan pasukan. Kadang kala dia mencuba tetapi tidak berjaya.
"Pemain yang lain perlu bekerja bersama dan melakukan sesuatu bersama yang lain. Menentang United adalah contoh. Dia cuba untuk menjaringkan gol, dia cuba untuk menggelecek.
"Mereka meletakkan dua hingga tiga pemain di sekitarnya setiap kali dia mendapat bola dan mungkin itulah sebabnya ia sukar untuk dia.
"Perlukah pasukan mensasarkan bola kepada dia? Ya sudah tentu -apabila perlawanan seperti itu mereka mencari dia, tetapi ia juga bermaksud pemain yang lain juga perlu mencari ruang.
Aksi pertembungan antara dua kelab gergasi Liga Perdana Inggeris itu dicemari dengan aksi pergaduhan pengurus Manchester United Jose Mourinho dengan pembantu jurulatih Marco Ianni selepas jaringan Ross Barkley di minit akhir perlawanan untuk The Blues sekurang-kurangnya mendapatkan satu mata.
Willian menambah: "Adakah ia baik untuk mengetahui yang kami mampu untuk kembali selepas mengalami kesukaran? Ya sudah tentu. Walaupun ketika kami ketinggalan, kami tahu kami mampu untuk kekal dalam permainan.
"Kami melakukannya menentang United, itulah sebabnya kami berjaya menjaringkan gol di minit akhir perlawanan. Ianya penting untuk menunjukkan perwatakan untuk kembali mengejar selepas tertinggal.
"Kami tahu persembahan di separuh masa kedua tidak begitu baik, masa pertama adalah jauh lebih baik.
"Ianya baik untuk mendapatkan mata, ia adalah lebih baik berbanding tidak mendapatkan apa-apa. Kita perlu teruskan dan membuat peningkatan."