Ronaldo Beri Penghormatannya Kepada Sir Alex Ferguson Dan Akui Tidak Akan Meraikan Jika Dia Jaringkan Gol!




Cristiano Ronaldo memberi penghormatan kepada Sir Alex Ferguson ketika dia membuat persediaan untuk kembali ke Manchester United dengan Juventus menjelang aksi peringkat kumpulan Liga Juara-juara - dan mengesahkan bahawa dia tidak akan meraikan jika dia menjaringkan gol.
Bintang Portugis itu menghabiskan masa enam tahun di Old Trafford, memenangi tiga kejuaraan Liga Perdana Inggeris, Liga Juara-Juara dan Ballon d'Or sebelum berpindah ke Real Madrid pada tahun 2009. 
Dia meninggalkan Bernabeu untuk ke Juve pada musim panas yang lalu dan kini akan kembali ke tempat asalnya di mana semuanya bermula , dan berterima kasih kepada Sir Alex kerana impak pengurus tersebut terhadap kerjayanya.
"Saya memenangi banyak kejuaraan di sini, piala, liga, dan Liga Juara-Juara. Saya juga ingat sokongan itu. Sokongan dari peminat yang hebat, " kata Ronaldo kepada wartawan pada sidang akhbar di Old Trafford. 
"Sir Alex Ferguson adalah seseorang yang saya tidak akan pernah lupa dan saya ingin menyatakan harapan terbaik saya kepadanya."
Pada lawatan terakhirnya ke Old Trafford sebagai pemain Real, Ronaldo enggan meraikan golnya, dan dia ditanya apa yang akan dilakukannya esok malam sekiranya berjaya menjaringkan gol, dia menjawab: "Reaksi say tetap sama."
Ronaldo bercakap kepada media buat kali pertama sejak tuduhan dibuat terhadapnya bahawa dia telah merogol model di sebuah hotel di Las Vegas pada tahun 2009, dan sekali lagi dia menafikan dakwaan yang sebelum ini dengan menegaskan "hati nuraninya jelas".
Apabila ditanya tentang kontroversi itu, beliau berkata: "Saya tahu saya adalah contoh, 100%. Di padang dan di luar padang. Saya seorang yang ceria. Kami membuat kenyataan itu dua minggu lalu. 
"Sudah tentu saya tidak akan menipu dalam keadaan ini. Peguam saya yakin dan sudah tentu saya juga. 
"Yang paling penting ialah saya menikmati bermain bola sepak dan menikmati kehidupan saya. Saya mempunyai orang yang menjaga hidup saya. Kebenaran akan selalu datang dalam kedudukan pertama."