Klopp Menjelaskan Mengapa Sturridge Dalam Kesebelasan Utama Dan Bukannya Firmino!




Jurgen Klopp telah mendedahkan bahawa dia memutuskan untuk meletakkan Roberto Firmino ke bangku simpanan ketika menentang Huddersfield selepas penyerang tersebut bermain selama 90 minit untuk Brazil pada malam Selasa. 
Daniel Sturridge dimasukkan sebagai pengganti Firmino dan bermula bersama-sama dengan Mohamed Salah dan Xherdan Shaqiri di bahagian serangan di Stadium John Smith.
Salah menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-24, mengakhiri empat perlawanan tanpa gol bagi bintang Mesir itu, dan The Reds berjaya menyamakan kutipan mata bersama Manchester City di puncak Liga Perdan.
Firmino kemudian dimasukkan untuk mengganti James Milner pada minit ke-77 tetapi tidak dapat membantu Liverpool menambah jumlah jaringan meninggalkan pasukan bimbingan David Wagner.
"Bintang Brazil itu kembali pada hari Khamis," jelas Klopp selepas kemenangan Liverpool. 
"Bobby [Firmino]] bermain selama 90 minit jadi jelas mungkin kita tidak boleh melakukan hal yang sama untuk kali ini. Daniel boleh bermula di kesebelasan utama kerana dia tidak memulakan begitu banyak perlawanan musim ini."
Klopp mengakui prestasi Liverpool jauh dari prestasi sebenar mereka di Huddersfield tetapi pengurus Jerman itu berpuas hati dengan tiga mata yang berjaya diperolehi. 
"Ia adalah permainan yang baik dari Huddersfield dan permainan yang tidak begitu baik daripada kami. Jadi kita akan mengambilnya," katanya. 
"Kadang-kadang saya kelihatan kecewa di tepi padang walaupun dengan kemenangan.
"Persembahan itu bukanlah 100 peratus, ia kelihatannya seperti kami mampu menjaringkan gol dalam enam atau tujuh situasi tetapi kami memerlukan sentuhan yang lebih baik.
"Kami melakukan banyak gerakan yang baik dan kemudian melakukan hantaran terakhir yang tidak begitu baik."