Anthony Martial Beri Bayangan Mengenai Masa Depannya Di United Dan Mourinho Akui Peningkatannya!




Anthony Martial memberi bayangan kepada para peminat Manchester United tentang kontrak baru di Instagram berikutan persembahan cemerlangnya dalam perlawanan menentang Chelsea yang berkesudahan 2-2.
Pemain Perancis itu berjaya menyamakan gol awal hasil tandukan Antonio Rudiger di awal masa kedua perlawanan sebelum membawa pasukan Jose Mourinho mendahului pada minit ke-73 di Stamford Bridge.
United semakin pasti berjaya mencuri tiga mata menentang The Blues tetapi jaringan di minit akhir oleh Ross Barkley berjaya menyelamatkan pasukan Maurizio Sarri untuk sekurang-kurangnya mendapatkan satu mata dan meneruskan rekod tanpa kalah musim ini.
Sementara Martial terus dikaitkan dengan perpindahan keluar dari United, Metro.com mendakwa pemain tersebut kini dalam perbincangan untuk menandatangani kontrak lima tahun yang baru di Old Trafford.
Dan berikutan keputusan seri itu, pemain antarabangsa Perancis itu memberi bayangan besar mengenai masa depannya menerusi muat naik gambar di Instagram yang menunjukkan dia menunjukkan lambang United di dadanya.
Mourinho memuji persembahan Martial selepas pemain Perancis itu menjaringkan dua gol di Stamford Bridge. 
"Anthony Martial semakin meningkat, dia melakukan perkara yang berbeza daripada sebelumnya," kata pengurus Portugis itu. 
"Dia pemain yang lebih lengkap daripada sebelumnya tetapi dia perlu terus bertambah baik. Beliau mempunyai bakat yang besar dan dia mahukannya, yakni suatu perkara yang baik. Pasukan bermain sebagai satu pasukan adalah sangat baik.
"Perlawanan yang hebat, keputusan yang sangat tidak diingini bagi kami tetapi itulah bola sepak. Kami adalah pasukan yang terbaik, walaupun pada babak pertama ketika kami ketinggalan. 
"Secara taktikalnya, kami berada dalam kawalan. Keputusannya adalah benar-benar tidak adil bagi kami. 
"Kami melepaskan gol menerusi dua sepakan percuma, tapi itulah cara untuk menjaringkan gol dan anda perlu mampu untuk bertahan menghadapinya."