Graeme Souness Kenalpasti Kekurangan Terbesar Liverpool Berbanding Manchester City Musim Ini!




Bekas pengurus Liverpool, Graeme Souness percaya bahawa skuad bimbingan Jurgen Klopp kini mungkin akan gagal dalam usaha mereka meraih kejuaraan Liga Perdana Inggeris disebabkan kurangnya kreativiti di bahagian tengah.
The Reds setakat ini telah menngutip 23 mata daripada sembilan perlawanan liga pertama mereka untuk menyamakan kedudukan dan kutipan mata dengan Manchester City, walaupun pasukan Pep Guardiola kini menduduki tempat teratas dengan perbezaan gol yang besar iaitu 10 gol.
Kebanyakan perdebatan musim ini adalah melihat kepada kurangnya jumlah gol yang dijaringkan dan assist dari pemain yang berada di posisi tengah dengan Gini Wijnaldum dan James Milner adalah satu-satunya pemain tengah yang sentiasa diturunkan dalam kesebelasan utama setakat ini.
Souness, yang memenangi 12 kejuaraan utama sebagai pemain dan pengurus di Anfield, berpendapat pasukan Klopp akan mengalami kesukaran untuk bersaing bersama City kerana kurangnya gerakan serangan daripada trio bahagian tengahnya.
Bercakap sebagai tetamu pada Monday Night Football, Souness berkata: "Sekarang, mereka berada sedikit di belakang Manchester City dan ia menyakitkan saya untuk berkata seperti itu.
"Tetapi apa yang boleh dikatakan? Bola sepak adalah permainan yang pelik dan semua tahu, kecederaan boleh berlaku, kehilangan prestasi, tetapi sekarang, saya melihat City sebagai pasukan pilihan."
Klopp menghabiskan hampir 100 juta pound pada musim panas baru-baru ini untuk membawa masuk Fabinho dan Naby Keita ke kelab dan hampir menyelesaikan persetujuan bernilai sekitar £ 50 juta untuk kapten Lyon, Nabil Fekir.
Dan perbelanjaan besar pengurus The Reds untuk pemain di bahagian tengahnya membuktikan bahawa dia tahu ia adalah kawasan yang lemah bagi Liverpool, menurut Souness.
Dia menambah: "Saya fikir [bahagian tengah adalah kelemahan] Jurgen Klopp juga dapat melihatnya.
"Dia menandatangani dua pemain tengah pada musim panas ini dan dia pergi untuk dapatkan Fekir dari Lyon, untuk yang ketiga, jadi ia jelas menunjukkan kepada anda bahawa dia menganggap itu adalah kawasan yang perlu dikuatkan.
Mereka mempunyai tiga pemain yang workaholik di posisi itu (Wijnaldum, Milner dan Jordan Henderson) tetapi saya tidak fikir mereka mempunyai sesiapa yang benar-benar kreatif dan pandai, seperti David Silva atau Kevin De Bruyne, tetapi siapakah dia?
"Itu adalah pemain yang sukar untuk dicari."
Liverpool kembali beraksi apabila mereka menjadi tuan rumah kepada Red Star Belgrade untuk saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara pada Rabu ini sebelum kunjungan dari Cardiff unutk aksi Liga Perdana pada petang Sabtu.