Gary Neville Menolak Arsenal Dan Chelsea Sebagai Pencabar Kejuaraan Liga Musim Ini!




Gary Neville meragui yang pasukan Arsenal dan Chelsea merupakan pasukan pencabar kejuaraan Liga Perdana musim ini. 
Kedua-dua kelab London itu telah menikmati permulaan yang cemerlang untuk musim 2018-19, dengan Chelsea kini berada di tangga kedua dengan berkongsi mata bersama Manchester City dan Liverpool selepas 8 perlawanan.
The Blues kelihatan sedikit berubah di bawah Maurizio Sarri - yang menggantikan Antonio Conte sebagai pengurus pada musim panas yang lalu- dan belum mengalami sebarang kekalahan untuk musim ini dalam saingan liga.
Sementara Arsenal memperoleh kemenangan yang kelima berturut-turut dalam semua pertandingan selepas membelasah Fulham 5-1.
Tetapi meskipun prestasi kedua pasukan itu yang memberangsangkan, Gary Neville tidak merasakan Arsenal dan Chelsea akan mencabar Manchester City dan Liverpool untuk kejuaraan Liga.
"Saya tidak fikir Arsenal... Saya tidak fikir mereka akan mencabar kejuaraan liga," kata bekas pemain pertahanan Manchester United dan England.
"Chelsea memulakan kempen dengan baik. Tetapi selepas 8 perlawanan saya masih berfikir ia terlalu awal untuk memikirkan tentang Chelsea mencabar Manchester City ataupun Liverpool.
Graeme Souness juga menyatakan keraguan terhadap Chelsea, yang berjaya memenangi kedua-dua perlawanan peringkat kumpulan dalam saingan Liga Eropah tahun ini, akan merebut kejuaraan liga.
Sementara dia akui kagum dengan pasukan tersebut, namun dia mengatakan bahawa Sarri terlalu bergantung kepada Hazard, yang telah menjaringkan gol kesembilannya musim ini dalam kemenangan 3-0 menewaskan Southampton pada hari Ahad.
"Saya mempertahankan bahawa Chelsea, jika mereka mempunyai penjaring gol yang lebih ramai, mereka boleh menyertai keduanya [Liverpool dan City," kata Souness kepada Sky Sports.
"Tanpa Hazard mereka tidak mempunyai begitu banyak ancaman. Kedua-duanya City dan Liverpol mempunyai lebih ramai pemain yang boleh memberi ancaman. 
"Ia akan menjadi antara Liverpool dan City. Jangan menyatakan bahawa Chelsea telah tersingkir tetapi mereka memerlukan 'gol-getter' yang sebenar. 
"Jika ada yang berlaku kepada Hazard, mereka akan dapat menghadapi masalah itu. Saya suka cara bola sepak yang mereka mainkan tetapi saya mempunyai sedikit keraguan tentang mereka. "