Jangan Bandingkan Aubameyang Dengan Thierry Henry - Alexandre Lacazette




Penyerang Arsenal Alexandre Lacazette memberi amaran terhadap perbandingan di antara Pierre-Emerick Aubameyang dan penjaring gol terbanyak kelab, Thierry Henry. 
Kedua-duanya Lacazette dan Aubameyang menjaringkan dua gol dalam kemenangan Arsenal 5-1 ke atas Fulham pada hari Ahad di Craven Cottage
Lacazette memulakan perlawanan dan meletakkan pasukan pelawat mendahului 2-1 sebelum pemain gantian Aubameyang menambah jumlah jaringan melalui dua gol di lewat perlawanan. 
16 gol Aubameyang dalam 23 penampilan sejak menyertai The Gunners dari Dortmund pada tahun 2018 kini menyamakan rekod Henry ketika dia tiba dari Highbury pada tahun 1999, tetapi Lacazette berkata perbandingan antara kedua-dua perlu ditunda.
"Sukar untuk membandingkannya dengan Thierry kerana dia datang ke sini pada usia lebih muda manakala Auba kini berada di puncak kerjayanya," kata Lacazette. 
"Tetapi saya mengharapkan Auba menjaringkan gol sebanyak mungkin untuk membantu kami memenangi sesuatu."
Pengurus Arsenal, Unai Emery menetapkan Arsenal dalam pembentukan formasi 4-2-3-1 setakat musim ini, dengan Aubameyang baru-baru ini digunakan sebagai penyerang di sayap kiri sementara Lacazette menduduki peranan sebagai penyerang tunggal. 
Walau bagaimanapun, ketika menentang Fulham, pengurus Sepanyol itu menggandingkan Danny Welbeck di hadapan bersama Lacazette dalam formasi 4-4-2 dengan Aubameyang turun sebagai pemain gantian di babak kedua.
Lacazette gembira bekerja bersama dengan pemain antarabangsa Gabon itu dan mendedahkan hubungan secara peribadi yang rapat di luar padang membantu mereka untuk menterjemahkannya di atas padang. 
"Baiklah, dia seperti abang saya," kata Lacazette. 
"Setiap hari kami bercakap, kami suka bekerja bersama dan pada hari Ahad di hadapan gawang kami berjaya menjaringkan dua gol, yang mana ia sangat bagus."