Maurizio Sarri Mendedahkan Sebab Mengapa Liverpool Lebih Baik Berbanding Chelsea Buat Masa Ini!




Maurizio Sarri percaya Liverpool berada 'Selangkah ke hadapan' berbanding Chelsea kerana mereka mempunyai lebih banyak masa untuk menyesuaikan diri sebagai satu pasukan di bawah Jurgen Klopp. 
The Blues telah memenangi setiap perlawanan musim ini dalam semua pertandingan sebelum memperoleh keputusan seri 0-0 menentang West Ham pada hari Sabtu.
Eden Hazard, Willian dan Olivier Giroud mengalami kesukaran untuk beraksi cemerlang dan pemain gantian Alvaro Morata adalah yang paling hampir untuk menjaringkan gol buat The Blues, namun usahanya itu berjaya diselamatkan oleh Fabianski.
Keputusan itu menunjukkan hanya Liverpool satu-satunya pasukan yang belum tewas sepanjang musim ini menjelang pertembungan mereka menentang The Blues untuk pertandingan Piala Carabou.
Chelsea kemudian akan kembali ke Liverpool untuk saingan Liga Perdana Inggeris minggu depan.
"Kami akan bermain menentang pasukan yang sangat bagus," kata Sarri ketika ditanya mengenai prospek menghadapi Liverpool setelah seri menentang West Ham.
"Menentang satu pasukan yang telah bekerja dengan jurulatih yang sama selama tiga atau empat musim.
"Mereka berada selangkah di hadapan kita pada masa ini. Kami telah mula bekerja bersama-sama hanya dalam kira-kira 40 hari yang lalu, kurang 10 hari untuk rehat antarabangsa, jadi bagi kami ia terlalu awal. 
"Kami perlu terus berlatih, mungkin, dalam satu tahun, kami akan berada di tahap yang sama dengan Liverpool. 
"Kami perlu menggerakkan bola dengan lebih cepat, saya fikir. Kami memerlukan lebih banyak pergerakan tanpa bola. Kami telah bertambah baik di bahagian pertahanan. Dalam dua atau tiga perlawanan terakhir ini kami telah melakukannya dengan baik. 
"Tetapi kami juga perlu memperbaiki bahagian serangan, terutamanya dalam perlawanan seperti ini."
Sarri percaya Chelsea sangat merasakan kehilangan Pedro ketika menentang West Ham dengan pemain Sepanyol itu tidak dapat diturunkan akibat kecederaan. 
"Pedro bagi kami sangat penting, kerana dia adalah pemain terbaik kami melalui gerakan tanpa bola," kata Sarri.
"Kami akan mencuba untuk mendapatkanya kembali hujung minggu ini, tetapi saya tidak dapat pastikan apa-apa lagi."