Eden Hazard Mendedahkan Apa Dikatakan Sarri Buat Dia Kekal Di Chelsea!




Eden Hazard telah mendedahkan intipati perbualannya dengan pengurus baru Maurizio Sarri yang meyakinkan dia untuk kekal di Chelsea.
Selepas Piala Dunia, pemain antarabangsa Belgium itu berkata dia akan mempertimbangkan untuk meninggalkan Stamford Bridge dengan terdapat minat dari Real Madrid, tetapi akhirnya memilih untuk kekal di kelab barat London itu dan kini menikmati musim yang cemerlang.
Hazard merupakan penjaring terbanyak setakat lapan perlawanan pembukaan musim ini dengan tujuh gol, dan dia berterima kasih atas prestasi cemerlangnya itu kepada pengurus baru The Blues.
Ditanya apa yang dikatakan oleh Sarri untuk meyakinkan dia untuk kekal, Hazard memberitahu kepada Premier League Show: "Dia hanya memberitahu saya bahawa dia mahukan saya menjadi salah satu pemain terbaik di dunia. Itu sahaja.
"Dan dia cuba memberikan keyakinan ini ... dan dia meminta saya untuk menjaringkan banyak gol.
"Apabila saya bercakap kepada dia, dia selalu berkata 'anda mampu menjaringkan tiga gol setiap perlawanan'.
"Tetapi anda tahu kadangkala ianya sukar, tapi saya akan mencuba yang terbaik."
Sarri tiba di Chelsea dari Napoli pada musim panas ini, menggantikan Antonio Conte, dan Hazard mengatakan bahawa bilik persalinan cepat menerima dia dan menyesuaikan diri dengan corak permainan yang diterapkan.
Dia meneruskan: "Kami tahu bahawa Sarri adalah pengurus yang hebat. Dia menunjukkan kepada England sekarang bahawa dia mungkin salah satu yang terbaik di dunia. Jadi pada masa ini seperti saya katakan kami bermain dengan bagus, kami menjaringkan gol, mencipta peluang. Jadi ada baiknya kekal di sini."