Barcelona Mahukan Firmino Gantikan Suarez Dengan Bantuan Philippe Coutinho!




Barcelona sangat aktif dalam usaha mereka untuk mencari pengganti bagi penyerang Luis Suarez dan mengenalpasti penyerang Liverpool Roberto Firmino sebagai pengganti yang paling ideal.
Jumlah jaringan bagi penyerang Uruguay itu semakin merosot sejak dua musim terakhir ini, sementara musim ini dia hanya menjaringkan tiga gol dalam 11 penampilan dalam semua pertandingan.
Suarez akan berumur 32 tahun bulan Januari ini dan El Chiringuito de Jugones melaporkan Barcelona mensasarkan mencari pemain bagi posisi tersebut sebagai keutamaan mereka, dengan Firmino menjadi sasaran utama.
Terdapat kerisauan tentang kebolehan fizikal Suarez dengan dia kini berada di puncak kerjayanya, manakala Firmino mempunyai kebolehan yang luar biasa dalam menekan pemain dan kerja keras di atas padang.
Pemain Brazil itu akan menjadi gandingan yang sangat sesuai dengan Messi, dengan dia sudahpun dicadangkan oleh bekas bintang Liverpool sendiri Philippe Coutinho.
Pihak Barcelona akan menggunakan cara yang sama bagaimana mereka mendapatkan Coutinho dari Liverpool dan dilaporkan sudahpun memulakan langkah awal dalam usaha mereka itu.
Bagaimanapun, tidak seperti persetujuan mendapatkan Coutinho, Barcelona percaya mereka tidak akan mendapatkan Firmino dalam bulan Januari ini sebaliknya menunggu sehingga musim panas akan datang untuk melancarkan bidaan mereka.
Firmino menikmati musim yang sangat cemerlang dalam kerjayanya pada musim lalu, dengan menjaringkan 27 gol dalam semua pertandingan untuk Liverpool - tetapi Suarez mempunyai jumlah gol yang lebih banyak.
Tetapi Barca lebih tertarik kepada semangat juang pemain tersebut berbanding jumlah jaringan yang diperolehinya, dan percaya cara permainannya - lebih kepada False Nine - akan membawa bahagian serangan Barcelona ke satu tahap yang baru.