Chelsea Akan Julang Kejuaraan Liga Perdana Inggeris Jika Hazard Terus Tampil Cemerlang - Jose Mourinho




Jose Mourinho memberi sokongan penuh kepada Chelsea untuk memenangi Liga Perdana Inggeris selagi Eden Hazard mengekalkan prestasi cemerlangnya di permulaan musim ini. 
Hazard telah menjaringkan tujuh gol dalam semua pertandingan untuk Chelsea musim ini dengan pasukan bimbingan Maurizio Sarri duduk di puncak liga, dengan kutipan mata yang sama dengan Manchester City dan Liverpool.
Sementara itu, Manchester United mengalami permulaan yang agak buruk, hanya memenangi empat perlawanan dalam perlawanan di England dan Mourinho berada di dalam keadaan tertekan apabila pasukan bimbingannya berkunjung ke Stamford Bridge.
Walaupun Mourinho percaya United akan berada dalam 'masalah' jika mereka memberikan tumpuan semata-mata kepada Hazard, kerana dia yakin bahawa bintang Belgium itu boleh memimpin rakan sepasukannya untuk menjulang kejuaraan sekiranya dia berterusan tampil cemerlang.
Ditanya mengenai permulaan Chelsea yang mengagumkan, Mourinho menjawab: "Hasilnya bercakap untuk diri mereka sendiri. Jelas sekali mereka tidak bermain di Liga Juara-Juara. 
"Itu menjadikan mereka hanya bermain dalam Liga Perdana Inggeris, dan dalam Liga Perdana, hasil telah menunjukkannya. Hasil yang sangat baik, berada di puncak liga dan sudah tentu banyak pemain yang baik."
Hazard memenangi Liga Perdana Inggeris pada tahun 2014/15 dan 2016/17 di bawah Mourinho dan Antonio Conte dan bekas pengurus bintang Belgium itu percaya dia boleh memimpin Chelsea mendapatkan kejuaraan sekali lagi. 
"Sejarah membuktikan bahawa apabila Eden Hazard adalah pemain terbaik di Liga Perdana Inggeris, maka Chelsea adalah juara," tambah Mourinho.
"Ia berlaku dengan saya dan Antonio dan musim ini - sudah tentu ia masih permulaan. 
"Tetapi jika dia adalah pemain terbaik dalam Liga Perdana sehingga sekarang, Chelsea berada di puncak liga kerana dia adalah pemain yang boleh membuat perbezaan yang besar kepada pasukan."