Van Dijk Pemain Ketiga Terbaik Di Dunia Di Belakang Ronaldo Dan Messi - Chris Sutton




Virgil van Dijk adalah pemain ketiga terbaik di dunia di belakang Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi, menurut Chris Sutton. 
Pemain antarabangsa Belanda itu telah memberi impak segera di Anfield. setelah mengubah bahagian pertahanan Liverpool sejak menyertai mereka pada bulan Januari. 
Liverpool kini mempunyai salah satu pertahanan terbaik dalam Liga Perdana dan Van Dijk menerima banyak pujian atas sumbangan yang dia lakukan.
Dengan upacara anugerah Ballon d'Or semakin mendekati, legenda Celtic Sutton menamakan pemain yang dia percaya adalah yang terbaik ketiga di dunia. 
"Ia mungkin tidak bergaya untuk menyebut pemain pertahanan apabila anda mempunyai perbualan seperti ini, tetapi apabila anda melihat perbezaan yang Virgil van Dijk telah buat kepada Liverpool maka anda dapat melihat betapa bagusnya dia," kata Sutton kepada BBC. 
"Tidak ada ciri-ciri yang anda perlukan sebagai pemain pertahanan yang dia tidak miliki, dia seorang yang laju, kuat, konsisten dan dia tidak mudah kehilangan tumpuannya.
'Dia juga mempunyai sumbangan yang baik ketika dia memiliki bola, dan ia membaca permainan dengan baik. Dia mempunyai banyak kelebihan. 
"Akan ada pilihan untuk Eden Hazard dan pemain penyerang yang lain, dan saya memahami itu, tetapi Van Dijk telah membuktikan perbezaan pemain pertahanan yang cemerlang dapat mengubah pasukan." 
Van Dijk berharap untuk membawa Liverpool dalam persaingan merebut kejuaraan musim ini dengan The Reds berada bersama Chelsea dan Manchester City di puncak liga selepas lapan perlawanan.
Chelsea dan Manchester City terus bersaing bersaing rapat bersama Liverpool, dan saingan liga perdana akan kembali semula pada hujung minggu ini. 
Liverpool akan berkunjung ke Huddersfield untuk mencari kemenangan pertama mereka dalam empat perlawanan, menentang pasukan yang berada di zon penyingkiran. 
Pasukan bimbingan Jurgen Klopp mempunyai beberapa kecederaan pemain utama mereka menjelang perlawanan tersebut, dengan Mohamed Salah, Naby Keita, Van Dijk dan Sadio Mane kembali dari tugas antarabangsa dengan kecederaan masing-masing.