Lacazette Gembira Bermain Bersama Aubameyang Dan Berharap Gandingan Itu Berterusan!





Alexandre Lacazette mahu meneruskan gandingannya untuk Arsenal bersama Pierre-Emerick Aubameyang selepas kedua-dua mereka menjaringkan gol menentang Cardiff pada hari Ahad. 
The Gunners memperoleh dua kemenangan berturut-turut selepas kemenangan 3-2 yang mendebarkan di Wales, dengan Aubameyang menjaringkan gol kedua Arsenal hasil bantuan Lacazette sebelum Lacazette menjaringkan gol untuk dirinya sendiri.
Lacazette terpaksa menunggu untuk berada dalam kesebelasan Unai Emery, tetapi dia berjaya meletakkan dirinya di permulaan menentang Cardiff dan berasa gembira bermain bersama Aubameyang.
"Ianya menarik untuk kami saling melengkapkan permainan antara satu sama lain," kata Lacazette mengenai gandingannya. 
"Ia bagus untuk bermain dengan pemain yang baik dan dia berhak menjaringkan gol menentang Cardiff kerana dia telah bekerja keras sejak dari awal musim ini. 
"Menentang Chelsea ianya sukar bagi dia kerana dia terlepas beberapa peluang, tetapi dia telah berjaya melakukannya.
"Saya gembira bersama Arsenal. Saya tahu untuk berada dalam kesebelasan utama adalah sukar dan ia sentiasa seperti itu di kelab besar, tetapi saya mesti terus bekerja keras."
Beberapa pengulas dan peminat telah mengkritik Emery kerana cuba membuat Arsenal untuk bermain dari bahagian belakang walaupun terdapat banyak detik-detik yang mencemaskan, tetapi Lacazette yakin ia akan berhasil dengan keputusan yang baik.
"Kami sudah banyak belajar, tetapi kesilapan akan berlaku. Pengurus berkata, jika kita melakukan perkara seperti ini, kita boleh melepaskan gol, Jadi, kami tahu tentang semuanya. Kami hanya melakukan kesilapan untuk kami belajar seperti kanak-kanak.
"Ianya baik dan ianya bagus, kami akan menjadi lebih baik dari minggu ke minggu. Kami berhak untuk menang, jadi sebelum rehat antarabangsa ianya baik untuk mendapatkan tiga mata. 
"Saya fikir kami hanya menang dua perlawanan pada 2018 di tempat lawan. Musim ini kami mahu menjadi lebih baik dan ia adalah permainan pertama di tempat lawan yang kami menang. Saya harap ia akan menjadi yang pertama untuk banyak lagi yang akan datang. "