Neymar Yakin Tiada Tempat Untuk Liverpool Di Kedudukan Empat Teratas Liga Sebaliknya Ramalan Paul Merson Berbeza!




Neymar telah meramal bahawa Manchester City akan mempertahankan kejuaraan Liga Perdana mereka musim ini - dan merasakan Liverpool akan terlepas tempat di kelompok empat teratas. 
City di bawah bimbingan Pep Guardiola memenangi kejuaraan pada musim lalu, menamatkan saingan dengan meninggalkan Manchester United jauh di kedudukan kedua setelah mengumpul 100 mata dan menjaringkan lebih 100 gol. 
Selepas empat perlawanan dalam kempen 2018-19, City mendapati diri mereka berada di tangga keempat dalam carta liga, dua mata di bawah pasukan yang belum mengalami sebarang kekalahan musim ini iaitu Liverpool, Chelsea dan Watford.
Pembukaan empat perlawanan tanpa kalah oleh Liverpool musim ini telah menyebabkan ramai pihak mengenal pasti bahawa pasukan bimbingan Jurgen Klopp adalah pesaing utama untuk kejuaraan liga musim ini tetapi bintang PSG dan Brazil Neymar melihatnya secara berbeza. 
"Siapa yang akan memenanginya? Woah, itu soalan yang sukar," kata Neymar kepada Daily Express. 
"Sangat sukar, ia sangat sukar, tetapi Manchester City akan memenanginya." 
Sesi temuramah diteruskan dengan pertanyaan mengenai kelab-kelab yang akan berada di tangga teratas liga, Neymar menambah: "Tempat kedua akan menjadi milik United, yang ketiga ialah Chelsea. Keempat, Tottenham."
Walaupun Neymar mempunyai keraguan terhadap Liverpool, Klopp telah disokong untuk membawa The Reds memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris oleh bekas penyerang Arsenal dan England Paul Merson. 
"Saya sangat, sangat yakin. Saya rasa mereka kelihatan pasukan yang bagus, "kata Merson kepada Sky Sports. 
"Joe Gomez adalah tambahan yang besar, dan tiga pemain penyerang mereka selalu akan menimbulkan masalah. Mereka mendapatkan setiap peluang. 
"Musim lalu saya rasa kesukaran mereka adalah untuk mempertahankan serangan balas, tetapi dengan adanya Gomez dan Van Dijk, dan dengan penjaga gol yang bagus, kini persaingan sudah bermula.
"Tahap tumpuan Van Dijk kini, dia terlihat sebagai pemain berkelas dunia. Jika anda mahu memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris- ya, mereka sampai ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara dalam beberapa perlawanan yang singkat - anda perlu menggunakannya dalam banyak permainan. 
"Saya seorang peminat pasukan Liverpool yang ini, saya fikir Klopp telah melaksanakannya dengan betul buat masa ini."
Perlawanan seterusnya bagi aksi Liga Perdana Inggeris akan diteruskan semula pada 15 September selepas rehat antarabangsa yang pertama selepas Piala Dunia.