Eden Hazard Yakin Chelsea Mampu Mencabar Kejuaraan Musim Ini Selepas Permulaan Yang Baik Musim Ini!




Eden Hazard menegaskan bahawa Chelsea mempunyai 'keyakinan' untuk menyaingi Manchester City, Liverpool dan Tottenham untuk menjuarai Liga Perdana musim ini. 
The Blues menamatkan musim lalu di kedudukan kelima - 30 mata di belakang juara Manchester City - tetapi telah membuat permulaan yang baik dalam kempen semasa, dengan memenangi kesemua empat perlawanan pembukaan musim ini. 
Hazard sudahpun menjaringkan dua gol dalam dua kemenangan Chelsea baru-baru ini - menentang Newcastle United dan Bournemouth - dan mengatakan dia mensasarkan kejuaraan Liga Perdana yang ketiga bersama Chelsea.
"Sudah tentu, pada akhirnya kita mahu bersaing untuk mendapatkan tiga tempat teratas,"kata pemain Belgium itu, Hazard, berikutan kemenangan 2-0 ke atas Bournemouth. 
"Kami mahu menjadi juara pada akhirnya walaupun kami tahu ia akan menjadi sukar kerana Manchester City, Liverpool dan Tottenham pasukan yang sangat kuat. Jadi kita akan melihat pada akhir nanti, tetapi kita mahu berada di tempat teratas. 
"Kami boleh memperbaikinya [pada perlawanan menentang Bournemouth], tentu saja. Kami tidak melepaskan sebarang gol - itu adalah tanda yang baik. Kami menjaringkan dua gol, mungkin kami sepatutnya menjaringkan lebih banyak lagi - seperti biasa.
"Saya fikir kami boleh menggerakkan bola dengan lebih cepat - pada awalnya kita agak perlahan. Kita boleh bertambah baik. Kami mempunyai keyakinan. 
"Kami mempunyai rehat antarabangsa sekarang. Kita boleh merehatkan beberapa pemain. Kami mempunyai banyak permainan yang sukar selepas kami kembali."
Chelsea merupakan salah satu daripada tiga pasukan Liga Perdana yang masih mengekalkan rekod tanpa kalah musim ini, dengan Liverpool dan Watford juga turut memenangi empat perlawanan pertama mereka.
Pada hari Sabtu, Bournemouth berjaya menghalang The Blues sebelum gol lewat dari Pedro dan Hazard memberikan mereka kemenangan mutlak 2-0. 
"Saya sangat gembira dengan 12 mata dalam empat perlawanan pertama," kata pengurus Maurizio Sarri. 
"Tetapi saya fikir kita boleh melakukan lebih banyak lagi. Kita boleh bertambah baik. 
"Saya rasa sekarang bagi kami adalah lebih baik untuk memikirkan tentang perlawanan seterusnya. Kerana jurang pada musim lalu adalah 30 mata [kepada Man City]. Saya fikir ia amat sukar untuk menampung jurang ini hanya dalam satu musim."