Maurizio Sarri Mengkritik Cara Antonio Conte Menggunakan David Luiz!




Maurizio Sarri mengakui beliau tidak bersetuju dengan keputusan Antonio Conte untuk hanya memainkan David Luiz sebagai salah satu pemain dalam bentuk tiga pertahanan untuk Chelsea. 
Pemain Brazil itu hampir tidak diturunkan oleh Conte pada separuh masa kedua musim lalu, menjadikan dia hanya membuat empat penampilan pada tahun 2018. 
Ketiadaan Luiz dikatakan adalah atas sebab kecederaan lutut tetapi peranan pemain berusia 31 tahun itu ternyata semakin berkurangan selepas dia terlibat dalam sedikit pertelingkahan bersama pengurus Antonio Conte pada bulan Oktober.
Sejak ketibaan Sarri pada musim panas ini, David Luiz turun hampir setiap perlawanan pramusim The Blues dan bergandingan bersama Antonio Rudiger di pertahanan tengah ketika Chelsea berjaya menewaskan Huddersfield dengan kemenangan 3-0.
Ketika Conte bertindak sebagai pengurus, dia sering menggunakan Luiz sebagai salah seorang yang membentuk tiga pertahanan tengah di bawah Conte, dan pengurus Itali itu enggan menggunakan bintang Brazil itu di posisi yang lebih luas.
Tetapi Sarri menegaskan bahawa Luiz merupakan pilihan pemain yang serba boleh untuk dia. 
"Saya tidak bersetuju bahawa dia hanya boleh bermain sebagai salah satu daripada tiga pemain pertahanan tengah," kata Sarri selepas kemenangan Chelsea terhadap Huddersfield.
"Jika anda seorang pemain pertahanan yang bagus, anda boleh bermain dalam bentuk tiga pertahanan dan anda juga boleh bermain dalam dengan empat pertahanan. 
"Saya tidak tahu tentang apa yang berlaku pada masa lalu tetapi kini dia mempunyai peluang yang baik. 
"Kami hanya perlu meneruskan seperti yang kami lakukan sekarang dengannya."