Alan Shearer Akui Dia Tidak Akan Terkejut Jika Melihat Pogba Pergi Meninggalkan United Bulan Ini!




Alan Shearer mengakui dia tidak akan terkejut jika Paul Pogba meninggalkan Manchester United pada bulan ini. 
Ketika jendela perpindahan Liga Perdana Inggeris ditutup pada minggu lalu, pemain dari Liga Perdana masih boleh dijual hingga akhir bulan Ogos. 
Pemenang Piala Dunia Pogba telah dikaitkan dengan perpindahan keluar dari Old Trafford sepanjang musim panas dan Barcelona cuba untuk menandatanganinya pada awal bulan ini.
Jose Mourinho menjadikan Pogba sebagai kaptennya untuk perlawanan pembukaan Liga Perdana musim ini melawan Leicester City tetapi dia masih boleh untuk membuat perpindahan mengejut keluar dari Old Trafford, menurut Shearer. 
Menulis dalam satu lajur untuk The Sun, penyerang Legenda Liga Perdana Inggeris itu berkata: "Saya telah membaca minggu ini mengenai Pogba yang ingin pergi sebelum tarikh akhir perpindahan Eropah pada akhir bulan ini dan secara jujurnya itu tidak mengejutkan saya. 
"Kami melihat prestasi Pogba yang terbaik di Piala Dunia. Didier Deschamps berjaya mendapatkan prestasi terbaik daripada beliau juga dalam permainan yang dimainkannya pada musim panas dan dia bermain dengan sangat baik.
"Dia harus melakukan seperti itu untuk United tetapi itu juga tugas Mourinho untuk mendapatkan yang terbaik daripada dia. 
"Pogba memulakan kempen musim ini pada hari Jumaat dengan kemenangan perlawanan pembukaan 2-1 ke atas Leicester. Dia bermain dengan baik, menjaringkan gol penalti - menunjukkan keyakinannya yang sebenar - tetapi sekarang dia harus melakukannya setiap minggu.
Tidak lama selepas kemenangan Manchester United ke atas Leicester di Old Trafford, Pogba menyiarkan mesej melalui Instagramnya. Dia berkata: "Saya akan sentiasa memberikan yang terbaik kepada peminat dan rakan sepasukan saya tidak kira apa yang berlaku."
Sementara itu, menjelaskan mengenai keputusannya untuk memberikan lilitan kapten kepada Pogba, Mourinho berkata: "Musim lalu dia pernah menjadi kapten beberapa kali. Valencia adalah kapten, tetapi Valencia tidak ada di sini. 
"Paul adalah salah satu pilihan, ini merupakan musim ketiganya, yang dilahirkan di akademi, memahami tentang kelab, budaya, hubungan baik dengan rakan sepasukannya dan contoh yang terbaik hari ini untuk diletakkan dalam pasukan."
Manchester United akan menentang Brighton dalam perlawanan kedua mereka musim ini di tempat lawan.