Ucapan Ronaldo Untuk Messi Selepas Melengkapkan Perpindahan Ke Juventus!




Cristiano Ronaldo menegaskan bahawa dia tidak melihat Lionel Messi sebagai satu saingan setelah melengkapkan perpindahannya ke Juventus. 
Kedua-dua pemain itu dianggap sebagai pemain yang terbaik di dunia untuk tempoh sedekad yang lalu dan berada di tengah-tengah persaingan antara Real Madrid dan Barcelona sejak Ronaldo berpindah ke La Liga pada tahun 2009.
Tetapi persaingan antara Messi dan Ronaldo mungkin tidak lagi memiliki intensiti yang sama setelah pemain berusia 33 tahun itu secara rasminya diperkenalkan sebagai pemain Juventus pada hari Isnin.
Ronaldo, yang menyertai juara Serie A itu dengan nilai perpindahan sebanyak € 100 juta (£ 88.5m), kini berusaha untuk meneruskan rekod pencapaian golnya yang luar biasa di Itali dan memenangi kejuaraan bersama kelab yang keempat sepanjang kerjayanya.
Tetapi apabila ditanya mengenai persaingannya dengan Messi, Ronaldo menjawab: "Saya tidak melihat pemain lain sebagai pesaing, itu bukan diri saya.
"Ia adalah satu cabaran yang baik dengan Messi. 
"Anda semua menyukainya dan ia menarik. Tetapi saya tidak pernah melihatnya sebagai sau persaingan. 
"Anda sentiasa mahu memberikan semuanya untuk pasukan anda.
"Inilah yang saya lakukan untuk Sporting, Manchester United dan Real Madrid. Dia juga telah melakukannya untuk Barcelona. 
"Pada penghujungnya nanti apabila semuanya sudah dikatakan dan dilakukan, kita akan melihat siapa pemain yang terbaik antara saya dan Messi."