Maurizio Sarri Menjelaskan Kelebihan Yang Bakal Dibawa Oleh Jorginho Ke Stamford Bridge!




Pengurus baru Chelsea, Maurizio Sarri gembira dengan ketibaan pemain tengah dari Napoli, Jorginho dan percaya dia akan membawa tempo permainan yang cepat kepada pasukan barunya menjelang musim baru nanti.
Ketibaan Sarri di Chelsea disertai dengan pembelian bernilai £ 52 juta untuk Jorginho, dan jurulatih itu berasa gembira dapat kembali bersama di sebuah pasukan yang baru dengan cepat
Ditanya mengenai kelebihan Jorginho yang akan dibawa ke bahagian tengah Chelsea, Sarri memberitahu laman web rasmi kelab itu: "Jorginho bukan seorang pemain fizikal, dia adalah pemain yang teknikal. 
"Kualiti yang paling penting ialah dia sangat cepat dalam membuat keputusan. Jadi dia mempunyai keupayaan untuk menggerakkan bola dengan cepat."
Jorginho akan menjadi kunci untuk menghasilkan tempo cepat, permainan bola sepak yang dimainkan oleh Napoli di bawah Sarri - yang disebut sebagai 'Sarri-ball' - dan pengurus baru Chelsea itu yakin dia boleh membuat The Blues menguasai corak permainan tersebut. 
Dia meneruskan: "Saya fikir Chelsea adalah sebuah pasukan yang baik. Masalahnya ialah di England terdapat lima atau enam pasukan yang sangat baik.
"Saya fikir dengan satu atau dua penyesuaian yang dibuat kita boleh mencuba untuk bermain cara bola sepak saya. Saya mahu terlebih dahulu untuk merasai kegembiraan untuk diri saya sendiri, para pemain perlu berasa gembira dengan diri mereka sendiri, dan saya berharap para peminat akan dapat berasa gembira terhadap pasukan mereka. "
Dia menambahkan: "Saya rasa di Naples Saya sangat bernasib baik untuk mencari ramai pemain yang sangat sesuai dengan cara bola sepak saya. Sangat kuat sebagai pemain, tetapi sangat kuat dari sudut pandangan manusia. Jadi saya fikir saya bernasib baik untuk membawa cara bola sepak saya, dan idea bola sepak saya di atas padang."