Jean-Michael Seri Kini Berada Di London Untuk Melengkapkan Perpindahannya Ke Liga Perdana Inggeris!




Pemain sasaran Chelsea, Jean-Michael Seri tidak menyertai latihan pra musim bersama pasukan Nice sebaliknya terbang ke London untuk melengkapkan perpindahannya ke Liga Perdana Inggeris, menurut laporan.
Pemain antarabangsa Ivory Coast telah menarik banyak minat dari pelbagai pasukan besar di Eropah, dengan Barcelona turut mensasarkan bintang ini pada musim lalu dengan pasukan seperti Arsenal, Tottenham dan West Ham adalah antara pasukan yang berpotensi untuk mendapatkan tandatangannya.
Seri mempunyai klausa pelepasan sebanyak £ 35juta. Walaupun ia akan tamat pada 15 Julai ini, Seri mahukan perpindahan ke England sebelum tarikh tersebut.
Menurut France Football, Seri tidak akan menyertai rakan sepasukannya Nice dalam permulaan pra musim ini sebaliknya berada di London untuk menunggu perpindahan yan berpotensi.
Pemain berusia 26 tahun itu dikaitkan dengan perpindahan ke Arsenal ataupun Chelsea, walaupun Arsenal akhir memilih untuk mencari pemain yang lain dengan Lucas Torreira semakin hampir melengkapkan perpindahannya ke Emirates sebaik sahaja dia menyempurnakan pemeriksaan kesihatannya pada isnin ini.
West Ham, Spurs dan Fulham turut dikatakan berminat untuk mendapatkan Seri, dengan Stamford Bridge merupakan destinasi yang paling kuat dikaitkan dengannya.
Chelsea buat masa ini mempunyai sedikit masalah mengenai pengurus mereka dengan Antonio Conte kelihatannya bakal dipecat sebaik sahaja pengurus Napoli Maurizio Sarri mengambil alih pasukan The Blues.
Seri mempunyai baki satu tahun lagi dalam kontrak semasanya bersama Nice dan terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa kelab tersebut mahu untuk melepaskan Seri meskipun lebih murah berbanding klausa pelepasannya.
Chelsea masih belum melengkapkan sebarang perpindahan pemain meskipun musim baru akan bermula lebih kurang sebulan lagi, sementara Serri akan menjadi sasaran utama untuk mengisi bahagian tengah The Blues.