Pengarah Sukan AS Roma, Monchi Mengesahkan Allison Becker Milik Liverpool!




Pengarah sukan Roma, Monchi mengesahkan bahawa Alisson Becker akan diumumkan sebagai pemain Liverpool dalam masa terdekat selepas kelab tersebut menerima tawaran sebanyak £ 66.8 juta. 
Penjaga gol Brazil itu telah memendekkan percutiaannya di Sardinia dan diterbangkan ke Liverpool untuk menjalani pemeriksaan kesihatan, sementara dia juga akan menandatangani kontrak selama enam tahun bersama kelab Merseysider itu.
Bayaran untuk mendapatkan Allison adalah rekod termahal dunia bagi seorang penjaga gol memecahkan rekod sebelum ini - Manchester City sebanyak £ 35 juta untuk mendapatkan Ederson - dan Monchi mengakui tawaran itu terlalu baik untuk ditolak.
Beliau memberitahu pemberita: "Perjanjian Liverpool untuk mendapatkan Alisson akan rasmi tidak lama lagi. Mereka telah membuat tawaran rekod dunia untuk penjaga gol dan kami memutuskan untuk menjualnya. 
"Kami belum menyelesaikan apa-apa lagi [dengan pemeriksaan perubatan bagi Alisson masih dalam proses untuk dibuat]. Tetapi memang benar rundingan itu berjaya dan dia akan berada di Liverpool sekarang.
"Apabila tawaran yang sangat besar masuk, anda perlu mempertimbangkannya. Kami mempertimbangkan segala kebaikan dan keburukan dan memutuskan untuk berbincang dengan Liverpool."
Beliau menambah: "Penjualan Alisson tidak menunjukkan kurangnya keinginan dalam kelab ini. Bagi saya, keinginan adalah melakukan suatu perkara yang betul selepas memikirkan tentang segala-galanya. "
Alisson melepaskan hanya 28 gol dalam 38 penampilan di Serie A pada musim lepas, serta menyarung jersi No.1 untuk pasukan Brazil semasa Piala Dunia, dan rakan sepasukan Diego Perotti mengakui bahawa dia akan sangat dirindukan.
Dia memberitahu Sky Italia: "Dia [Alisson] adalah penjaga gol yang sangat penting buat kami dan dia menyelamatkan banyak mata dan permainan pada musim lalu, tapi itulah bola sepak.
"Saya akan mengatakan bahawa sebuah kelab tidak akan pernah bertindak untuk merosakkan dirinya sendiri, kerana setiap langkah yang dibuat adalah untuk memperbaiki keseluruhan pasukan. Kami akan melihat bagaimana ia berjalan pada akhir musim nanti. 
"Diakui, Alisson adalah kehilangan yang besar bagi kami, kerana dia seorang pemain yang hebat, seorang yang berpengaruh dengan kuat di bilik persalinan dan kami berasa sedih untuk melihatnya pergi, tetapi hidup sememangnya seperti itu."